Pakar bantu gadis atasi isu penampilan fizikal melalui terapi seni
Premium
Pakar bantu gadis atasi isu penampilan fizikal melalui terapi seni
Menghasilkan seni dikatakan mampu meningkatkan kesedaran diri dan orang di sekeliling, selain mempromosikan pembangunan diri, meningkatkan kemahiran daya tahan semasa berhadapan krisis serta memperbaiki fungsi kognitif. Apakah antara jenis seni yang dimaksudkan sebagai terapeutik dan siapakah yang patut memanfaatkannya? FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) melaporkan.
Sep 28, 2016 | 5:30 AM
LEBIH SELAMAT: Cik Dian Handayani berkata dalam sesi terapi seni, pesakit belajar bahawa emosi yang sukar boleh diluahkan dengan selamat. - Foto TUKIMAN WARJI -
SEMASA remaja, Cik N (bukan nama sebenar) menghadapi masalah diberi nama anorexia nervosa.
Masalah ini dihadapinya gara-gara terlalu menumpukan perhatian kepada sifat fizikalnya yang ketika itu sedang melalui proses baligh dan ini diburukkan pula dengan keyakinan diri yang rendah.

