Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pakar motivasi Muhaya Muhamad kongsi petua keibubapaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SEMINAR KEIBUBAPAAN

Pakar motivasi Muhaya Muhamad kongsi petua keibubapaan

Sep 07, 2018 | 05:30 AM



APABILA seseorang mempunyai akidah mantap, pasti terlahir keimanan yang kukuh di dalam hati dan ada keyakinan pada Allah swt.



Secara tidak langsung, seseorang itu akan cuba menyempurnakan ibadahnya, mempunyai akhlak lembut dan menjadi orang yang baik.



Seorang yang baik itu pasti mendapat jodoh yang baik dan bakal menimang cahaya mata yang baik.



Lantaran itu, mereka yang inginkan anak yang baik harus mula dari diri sendiri dahulu.



Demikian yang bakal dikongsi pencetus inspirasi dari Malaysia, Datuk Professor Dr Muhaya Mohamad, 60 tahun, di sebuah Seminar Keibubapaan: Membina Keluarga Berkekalan, di Hotel Holiday Inn Singapore pada 16 September ini.



Seminar dianjurkan Angkatan Karyawan Islam (AMP), Bapa Sepanjang Hayat dan Centre for Fathering dengan sokongan Berita Harian.



Ia turut menampilkan seorang lagi panelis, Ustaz Zahid Zin, ketua pegawai eksekutif Muslim Youth Forum SG.



Seminar tersebut bakal mengupas bagaimana hubungan suami isteri yang kukuh dapat membina keluarga yang berkekalan.



"Bila bercakap tentang seminar keibubapaan, saya mahu fokus pada mereka yang belum dan sudah menjadi ibu bapa," ujar Profesor Dr Muhaya, juga pakar bedah di Prof Muhaya Eye and Lasik Centre, yang pernah muncul dalam rancangan motivasi, Dari Mata Ke Hati, melalui saluran Astro Prima/Oasis.



Beliau juga telah menulis pelbagai buku-buku motivasi dan pembangunan diri seperti Celik Mata dan Jiwa.



Bercakap menerusi panggilan telefon, beliau berkata:



"Bagi mereka yang belum menjadi ibu bapa, mereka mesti membuat persediaan untuk menjadi insan yang baik dahulu.



"Jadi, ia penting bagi mereka mula dari diri sendiri dengan mempunyai akidah yang kuat dan mantap.Bila akidah sudah mantap, solat dan aurat kita secara semula jadi sempurna, maka kita terbentuk menjadi orang baik dan bakal mendapat jodoh dan anak yang baik."



Namun, bagi mereka yang sudah bergelar ibu bapa, mereka pasti kadang-kala tertanya-tanya mengapa anak mereka tidak berkelakuan baik.



Menurut Profesor Dr Muhaya, beliau ingin menyarankan kepada ibu bapa supaya melihat pada diri sendiri dahulu.



"Anak adalah cerminan kita. Kalau kita tidak mempunyai hati bersih, kita tidak ada sikap baik dan orang tidak akan memberi reaksi yang baik pada kita. Jadi, ibu bapa harus bertaubat dan bertanggung jawab atas sikap anak mereka."



Beliau menambah bahawa ada tiga tahap dalam hubungan antara ibu bapa dan anak.



Menurut beliau, ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang pada anak-anak kecil dari usia bayi hingga tujuh tahun.



Kemudian, disiplin harus diterapkan kepada anak-anak dari usia tujuh hingga 14 tahun dan menjadi peranan modal kepada anak-anak.



Selepas usia 14 tahun, ibu bapa disarankan menjadi kawan kepada anak-anak mereka.



"Kalau kita tidak beri kasih sayang dari kecil, bagaimana kita hendak mendisiplinkan anak dan kemudian menjadi kawan mereka. Itulah yang ibu bapa harus fikirkan," kata Profesor Dr Muhaya.



Beliau turut menekankan bahawa ibu bapa mesti mempunyai niat ikhlas untuk menjaga anak-anak demi memiliki anak yang soleh.



"Ia penting bagi seseorang menjadi insan yang bahagia dahulu sebelum membahagiakan orang lain. Anda perlu gembira dengan diri sendiri untuk menikmati rumah tangga dan keluarga bahagia," kata Profesor Dr Muhaya.




SEMINAR KEIBUBAPAAN



Tiket berharga $50 boleh dibeli terus:



  • tinyurl.com/SeminarK-2018

  • Pejabat AMP di Pasir Ris (1, Pasir Ris Drive 4, #05-11)

  • Pejabat AMP Jurong Point (#06-02).

  • Harga tiket termasuk GST dan jamuan makan tengahari.

  • Hubungi talian 6416-3966 untuk sebarang pertanyaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >