Penggiat bola sepak berjalan sertai pertandingan di London
Premium
Penggiat bola sepak berjalan sertai pertandingan di London
Jun 1, 2019 | 5:30 AM
SORAKAN GEMURUH: Encik Saktiandi Supaat (berbaju biru) memberi sokongan kepada pasukan Singapura yang akan mewakili negara di Pertandingan Sepak Bola Berjalan di England. Turut hadir ialah Dr Dee Dee (bertopi) dan Cik Elim Chew (berjaket merah jambu), salah seorang penaja acara. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
SEKUMPULAN penggiat bola sepak berjalan kini berada di England bagi menyertai acara Piala Dunia Bola Sepak Berjalan 2019 yang diadakan buat julung kalinya.
Pasukan seramai 10 orang, berusia antara 50-an dan 60-an tahun itu, mewakili Singapura dalam acara yang berlangsung di Stadium Leyton Orient, London, hujung minggu ini.

