Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Periksa mata bagi elak penglihatan terjejas dalam jangka panjang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Periksa mata bagi elak penglihatan terjejas dalam jangka panjang

Wanita 77 tahun antara warga emas yang dipilih di bawah Projek Pemeriksaan Fungsi
Sep 23, 2018 | 05:30 AM



SEPANJANG lebih 70 tahun lamanya, daya penglihatan Cik Sinah Salleh dapat digunakan untuk membaca dan menonton televisyen dengan jelas.



Sedang ramai rakan sebayanya menghidapi masalah mata, Cik Sinah, 77 tahun, amat bersyukur kerana matanya tidak menghadapi masalah.



Namun sejak kebelakangan ini, warga senja yang tidak berkahwin itu mula menghadapi masalah mata yang sering berair.



"Setiap pagi apabila saya bangun tidur, mata ini selalu berair. Apabila sudah berair begitu, biasanya ia seolah-olah bertukar menjadi seperti tahi mata. Keadaan ini membuatkan saya sangat tidak selesa,'' katanya.



Justeru, beliau mendapatkan Pemeriksaan Fungsi di salah sebuah pusat masyarakat berdekatan.



Cik Sinah yang tinggal di Circuit Road di flat adik dan keluarga anak saudaranya, merupakan salah seorang warga senja yang dipilih di bawah Projek Pemeriksaan Warga Emas (PSS) - sebuah program Pemeriksaan Fungsi yang bertujuan membaiki mutu kehidupan warga emas.



Ini termasuk pemeriksaan penglihatan, pendengaran dan kesihatan mulut agar pemintasan awal boleh dilakukan sekiranya perlu.



Menerusi PSS, warga emas yang memerlukan alat bantuan akan dikaitkan dengan khidmat jagaan relevan dalam masyarakat dan mempunyai akses kepada kaca mata, alat pendengaran dan gigi palsu yang dimampui.



Ini kemudian akan dapat menyokong mereka menjalani masa-masa tua dengan selesa bersama masyarakat.



Sasaran pemeriksaan fungsi ini ialah warga emas penduduk Singapura berusia 60 tahun ke atas.



Tiada bayaran dikenakan bagi pemegang kad Generasi Perintis (PG), $2 bagi kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan $5 bagi semua penduduk lain.



Pemeriksaan fungsi berbeza daripada pemeriksaan penyakit kronik yang menilai risiko kardiovaskular (seperti kencing manis, kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi).



Orang ramai perlu berpuasa sebelum menjalani pemeriksaan penyakit kronik. Bagaimanapun, tidak begitu bagi Pemeriksaan FUNGSI.



Semasa ditemui, Cik Sinah berkata pemeriksaan sedemikian memastikan penglihatan, pendengaran dan deria rasa beliau akan dapat dikekalkan sedang beliau terus meniti hari-hari tuanya.



"Usia memang tidak menyebelahi saya. Tetapi selagi boleh, saya nak juga hidup dengan selesa sebagaimana orang lain - dapat lihat, dengar dan rasa makanan sedap dengan sempurna," katanya.



Menurutnya, lima kali seminggu (Isnin hingga Jumaat), beliau juga akan menjalani terapi di salah sebuah rumah rawatan pertubuhan Melayu/Islam setempat bagi memastikan fungsi tubuhnya juga bergerak dengan baik.



Kini, selain kakinya yang kurang kuat, Cik Sinah yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi berasa kesihatannya masih kekal baik.



"Saya bersyukur kerana pelbagai pemeriksaan dilakukan ke atas warga emas seperti saya. Selagi boleh, saya mahu terus memanfaatkan semua pemeriksaan ini terutamanya mata, agar daya penglihatan saya dapat terus kekal baik walaupun usia saya semakin meningkat,'' katanya sambil tersenyum dan memandang jauh ke luar flat yang terletak di lantai satu itu.



Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman projectsilverscreen.sg atau hubungi talian Singapore Silver di 1800-650-6060, Isnin hingga Jumaat antara 8.30 pagi dengan 8.30 malam atau Sabtu, antara 8.30 pagi dengan 4 petang.




"Saya bersyukur kerana pelbagai pemeriksaan dilakukan ke atas warga emas seperti saya. Selagi boleh, saya mahu terus manfaatkan semua pemeriksaan ini terutamanya mata, agar daya penglihatan saya dapat terus kekal baik walaupun usia saya semakin meningkat."
– Cik Sinah Salleh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >