Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pertandingan teater kanak-kanak sempena Bulan Bahasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pertandingan teater kanak-kanak sempena Bulan Bahasa

Jun 28, 2017 | 05:30 AM



SATU pertandingan teater Melayu yang bertema 'teater kanak-kanak' akan dianjurkan sempena Bulan Bahasa Melayu dan Anugerah Persuratan 2017.



Theatre 2000 Kelab Masyarakat Tampines West dengan sokongan Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Dana Dwibahasa Lee Kuan Yew (LKYFB) akan menganjurkan Sayembara Teater 2017 (ST 2017) itu.



Menurut penganjur, ia pertandingan teater kali ke-13 dan terbesar bakal dianjurkan.



ST2017 dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kategori A bagi orang ramai dan pertubuhan teater tempatan, kategori B bagi pelajar sekolah menengah, politeknik, maktab rendah, univerisiti dan Institut Pendidikan Nasional (NIE), dan kategori C dikhususkan kepada murid sekolah rendah.



Tempoh pementasan antara 30 hingga 45 minit bagi kategori A dan B, dan antara 10 hingga 15 minit bagi kategori C.



Tema pertandingan berpusat pada 'teater kanak-kanak' bagi untuk semua kategori. Peserta dikehendaki mengolah cerita rakyat atau legenda kanak-kanak Singapura atau menciptanya sendiri.



Hanya cerita kanak-kanak saja diterima. Setiap naskhah hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu. Pernyertaan terbuka kepada peserta bukan Melayu.



Hadiah wang tunai antara $200 dengan $2,000 disediakan bagi pemenang setiap kategori.



Anugerah itu juga boleh dikurniakan kepada pelakon harapan terbaik dan naskhah terbaik, sekalipun persembahan drama mereka gagal ke peringkat akhir.



Taklimat mengenai Sayembara Teater 2017 akan diadakan pada 9 Julai, 4 petang, di Blackbox, Tampines Primary School, Tampines Street 12.



Para peserta yang berminat menyertai sayembara ini akan diberi penerangan terperinci tentang peraturan serta kaedah pemarkahannya.



Tarikh penutup dan penyerahan borang penyertaan ialah 2 petang, 29 Julai di Blackbox, Sekolah Rendah Tampines, diikuti sesi mengundi menentukan tarikh dan giliran peserta menjalani persembahan peringkat saringan.



Pada hari yang sama juga acara bicara teater, 'Teater Kanak-Kanak', akan diadakan pada 4 petang di tempat yang sama oleh juri sayembara, Encik Raman Daud dan Encik Anwar Hadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >