Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Rakam kisah cinta luka dalam 'Rindu'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS TEMPATAN

Rakam kisah cinta luka dalam 'Rindu'

Sep 28, 2019 | 05:30 AM



JIKA bakat yang dijana daripada aplikasi karaoke Smule di Malaysia, Khai Bahar dan Wany Hasrita, mampu menjadi nama besar di Nusantara, bakat Singapura Hazrul Haziq juga menanam tekad serupa.



Menerusi Smule, Hazrul, 28 tahun, mempunyai sekitar 50,000 pengikut yang rata-rata datang dari Malaysia dan Indonesia.



Sejak beberapa bulan lalu pula, jejaka bujang berkulit putih bersih ini mempertaruhkan 'single' keduanya Rindu yang kini dipasarkan di gedung digital Spotify dan Apple Music. Sebelum ini, lagu Biarkan Berlalu merupakan 'single' sulungnya.



Ketika ditemui di pejabat Berita Harian baru-baru ini, Hazrul menjelaskan bahawa beliau tidak segan bagi berkongsi kisah peribadinya dalam lagu-lagu yang dirakam.



Rindu malah adalah cetusan rasa daripada pengalamannya ditinggalkan gadis yang dicintai kerana keegoan yang menguasai.



Beliau hampir bertunang sekitar lima tahun lalu dengan seorang gadis Malaysia yang juga penggiat Smule. Namun, seminggu sebelum majlis pertunangan itu, gadis itu menghalangnya daripada ke seberang Tambak kerana enggan bertemu dengannya lagi.



Pengalaman itu membuatkan Hazrul sedikit sebanyak serik bercinta lagi kerana bimbang ditinggalkan sebegitu.



"Apabila ditinggalkan kekasih, macam payah nak fikirkan tentang meneruskan kehidupan dan bercinta lagi. Sampai sekarang saya masih dibayangi ketakutan bercinta dan kemudian ditinggalkan.



"Rindu adalah rakaman rasa saya yang sukar mencari pengganti sang kekasih. Takkan ada wanita sepertinya. Biasalah, lelaki atau perempuan mempunyai ego dalam hubungan.



"Jalan terbaik adalah buang ego jauh-jauh agar sesuatu hubungan yang baik dapat dipertahankan," dedahnya.



Hazrul banyak mendapat panduan daripada pemuzik tempatan Jaybon dan penggerak Kraton Music Publishing & Arts (KMPA), Jufri Salim.



"Sebagai bakat baru, saya banyak memasuki peraduan. Saya tidak putus asa mencuba. Sungguhpun begitu, saya perlukan nasihat daripada abang-abang yang berpengalaman.



"Dalam tempoh beberapa bulan ini, saya melakukan segalanya sendiri daripada menghasilkan melodi dan lirik lagu sehingga memasarkannya. Saya juga dapat idea daripada mendengar lagu sentimental kumpulan rok legenda Scorpions.



"Pesanan saya kepada bakat muda lain adalah kita harus bijak memilih teman seni yang akan mendampingi kita. Dalam keghairahan kita, janganlah kita main lepas cakap sehingga menyinggung perasaan orang lain. Kadangkala saya juga terjerat dalam perkara sebegini sehingga ia menjejas arah tuju saya dalam bidang seni," tambahnya.



Hazrul akur bergelar bakat Singapura membawa cabaran tersendiri apabila dirinya perlu membahagikan masa antara pekerjaan tetap dengan hobi dan minat menyanyi.



"Kita perlu bekerja keras bagi memastikan kedua-dua amanah dapat dijalankan dengan baik. Walau sesukar mana pun, saya akan teruskan perjuangan ini kerana saya tak nak buat kerja separuh jalan.



"Saya berterima kasih kepada ramai karyawan seni di Singapura yang tidak lokek ilmu di samping mereka yang membuka ruang bagi bakat Singapura berkarya dan mengetengahkan kebolehan.



"Ada juga peminat di Malaysia yang terdiri daripada budak sekolah yang bertanya bila saya nak ke sana bagi membuat sesi santai bertemu dengan mereka.



"Saya terharu dengan usaha mereka. Kalau ada rezeki bolehlah diusahakan kelak tetapi buat masa ini, biar saya mantapkan dahulu karya saya dan memperkenalkan diri saya dengan pendengar muzik di sini," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >