Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Saleem Iklim masuk hospital kerana demam berlarutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Saleem Iklim masuk hospital kerana demam berlarutan

Jul 07, 2017 | 05:30 AM



PENYANYI legenda Saleem daripada kumpulan Iklim kini berada di hospital, menurut akhbar mStar Online.



Isterinya, Cik Juriah Bachok, yang lebih mesra dengan sapaan Julia, memberitahu akhbar tersebut Saleem sudah dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur pada malam Selasa akibat demam panas.



Cik Julia berkata suaminya demam sejak hampir sebulan lalu dan keadaannya semakin teruk dua hari lalu lalu beliau dihantar ke hospital.



"Sebenarnya, Saleem sudah demam sejak sebulan tetapi sekejap baik dan kemudian demam kembali.



"Beliau gagahkan diri sebenarnya, namun pada Selasa keadaannya semakin teruk dan suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah Celsius dan saya terus membawanya ke hospital," katanya.



Dalam pada itu, Cik Julia berkata Saleem sepatutnya menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di buah zakar semalam, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana demam yang dialaminya.



Tidak dapat dipastikan apakah keadaan Saleem itu berpunca daripada ketumbuhan tersebut.



Doktor telah melakukan beberapa ujian bagi mengetahui keadaan sebenar dan sedang menunggu hasil ujian.



"Setakat ini, doktor belum tahu punca sebenar beliau demam panas berlarutan, apakah ia ada kaitan dengan ketumbuhan yang dialaminya.



"Harap peminat dapat mendoakan kesihatan suami saya agar beliau kembali pulih seperti sediakala," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >