Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Seni ilham dari sistem solar, angkasa warnai Pesta Malam Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Seni ilham dari sistem solar, angkasa warnai Pesta Malam Singapura

Aug 17, 2018 | 05:30 AM



Pesta Malam Singapura edisi ke-11 tahun ini mempersembahkan lebih banyak karya kreatif daripada pelbagai disiplin seni dan latar belakang, termasuk mereka di luar bidang seni seperti sektor kejuruteraan, untuk mencipta persembahan seni. Lebih ramai bakat setempat seperti kumpulan pereka, Litewerkz, dan penyanyi baru, Sulaiman Azim, juga berpeluang terlibat dalam pesta ini yang berlangsung dari 17 hingga 25 Ogos di kawasan Bras Basah dan Bugis. NURMAYA ALIAS (bhgah@sph.com.sg) melaporkan.



SISTEM solar dan ruang angkasa mencetuskan inspirasi dalam rekaan seni pemasangan Orbit di Pesta Malam Singapura 2018, edisi ke-11 yang akan berlangsung dari hari ini hingga 25 Ogos di kawasan Bras Basah dan Bugis.



Hasil rekaan kolektif pereka setempat, Litewerkz, yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) serta penggiat seni, seni pemasangan Orbit memaparkan sebuah sfera utama dengan sumber cahaya yang mencerminkan matahari dan dikelilingi lapan sfera lain yang dianggap sebagai 'planet' dalam karya tersebut.



Ia terletak di ruang taman Dhoby Ghaut Green, berdekatan Dhoby Ghaut MRT.



Menurut salah seorang daripada enam anggota Litewerkz, Encik Muhammad Syahid Mustapa, 24 tahun, penuntut SUTD dalam jurusan seni bina dan rekaan mampan, keistimewaan seni pemasangan Orbit ialah ia diperbuat daripada bahan-bahan retroreflective hasil kerjasama Litewerkz bersama syarikat 3M.



Bahan-bahan retroreflective digunakan antaranya di papan tanda trafik yang berwarna perak dan kelihatan lebih jelas dengan pancaran cahaya.



"Daripada luaran, seni pemasangan Orbit kelihatan seakan memancarkan cahaya intensiti rendah dalam kegelapan malam. Tetapi, pengunjung digalakkan menggunakan kamera flash telefon bijak mereka untuk menerokai seni pemasangan ini dan mereka bakal melihat pelbagai corak dan imej berwarna-warni daripada pelbagai sudut sfera Orbit ini.



"Mereka juga boleh memutar kesemua sfera," jelas Encik Muhammad Syahid.



Lantaran itu, seni pemasangan tersebut ingin menyampaikan satu mesej mudah, menurut beliau.



"Jika pengunjung ingin melihat corak dan imej berwarna-warni, mereka perlu berusaha dengan memancarkan cahaya daripada flash kamera mereka. Sama seperti dalam kehidupan, kita perlu berusaha jika ingin mencapai sesuatu impian," kata Encik Muhammad Syahid.



Ini merupakan seni pemasangan ketiga hasil ciptaan Litewerkz bagi Pesta Malam Singapura.



Encik Muhammad Syahid turut terlibat dalam kededua seni pemasangan Litewerkz yang lalu yang dipanggil #showerthoughts dan Tessellations of Time: Pods of Light.



"Litewerkz gembira dapat terlibat dalam Pesta Malam Singapura dengan sokongan Lembaga Warisan Negara (NHB) yang mengalu-alukan para pelajar bekerjasama dengan para profesional," ujarnya.



Bagi menerapkan rekaan mampan dalam seni pemasangan itu, tidak banyak lampu digunakan untuk menyinari karya tersebut.



"Kali ini, semua bahan yang digunakan untuk membina seni pemasangan Orbit boleh dikitar semula supaya dapat dimanfaatkan buat projek-projek pada masa akan datang. Ini perbezaan ketara berbanding seni pemasangan tahun lalu, di mana, kami menggunakan banyak lampu dan bahan yang tidak boleh dikitar semula," kata Encik Muhammad Syahid.



Mengakhiri wawancara ini, Encik Muhammad Syahid berharap agar pengunjung seronok berinteraksi dengan seni pemasangan itu dengan mengambil aneka gambar atau merakamkan video.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >