Topik diikuti
Pergi ke BHkuSeniman Melayu darah Jepun kupas isu keterasingan
Seniman Melayu darah Jepun kupas isu keterasingan
Seniman Melayu darah Jepun kupas isu keterasingan
SELONGKAR KISAH GOLONGAN TERASING: Dengan menggunakan perlambangan ruang, Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim mempamerkan seni pemasangan dan arca tentang perjalanan hidup kelompok yang rasa tersisih seperti golongan 'punk' dan pekerja asing. - Foto ION ART -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 13, 2018 | 5:30 AM
HATI seniman muda, Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim, mudah tersentuh dengan bermacam kisah perjalanan hidup golongan yang terasa diri mereka dipinggirkan.
Beliau mampu membayangkan perasaan terasing yang menyelubungi jiwa si pekerja asing yang mencari rezeki di Singapura mahupun anak muda 'punk' yang berpenampilan berbeza dan mengerikan buat sesetengah orang.