2 DEKAD SINARAN SURIA: KONGSI PENGALAMAN 'DEWASA' BERSAMA SURIA
TV hari ini perlu tarikan universal
Feb 02, 2020 | 05:30 AM
DALAM usaha mendekati generasi televisyen digital yang mempunyai pilihan tanpa sempadan dalam menikmati pelbagai bentuk produksi, penerbit atau stesen TV harus secara sedar memastikan produksi yang dihasilkan layak ditontoni secara universal.
Penerbit juga harus bersedia melabur untuk penerbitan jangka masa panjang, bukan setakat siri untuk satu musim, demi mengikat penonton setia.