Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

YAZRI MALIK 'Taburkan Cinta' keihsanan di ambang Lebaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

YAZRI MALIK 'Taburkan Cinta' keihsanan di ambang Lebaran

May 25, 2019 | 05:30 AM



SETELAH sering menghasilkan lagu cinta yang menyentuh kalbu atau membawa seribu harapan, penggubah lagu tempatan Yazri Malik kini condong menjana lebih banyak lagu berunsur kemanusiaan.



Yang terkini, beliau mencipta lagu Taburkan Cinta yang menggabungkan vokal emas bakat Singapura - Sufi Rashid, Ryan Sufiyan, Sarah Aqilah, Maiya Rahman, Syarif Sleeq, Kalysa dan Deen Squad.



Lirik lagu yang sesuai dengan semangat memberi dan berihsan sepanjang Ramadan dan Syawal ini dihasilkan bersama Yazri dengan Fadzil Harris dan Shahrul Faizie.



Ikuti temu bual penulis dengan Yazri, 40 tahun, yang baru-baru ini, merangkul piala Pesta Perdana 2019 bersama Ryan dalam kategori Lagu Tema Drama Terbaik buat telefilem Hari Raya Haji, Mekah Di Hati.



Soalan (S): Ceritakan tentang 'Taburkan Cinta'. Dari mana tercetusnya idea bagi lagu ini? Mengapa tujuh artis yang hebat ini dipilih?



Yazri (Y): Selama saya berkarya, saya amat teringin menghasilkan lagu berunsur kemanusiaan bagi mengajak orang ramai membantu mereka yang hidup susah dan kekurangan.



Ia juga menyebar pesanan ihsan dan rasa cinta antara satu sama lain. Sempena Ramadan dan Syawal, lagu ini dirasakan amat sesuai dalam memupuk semangat positif sebegini.



S: Mengapa perlu dihasilkan lebih banyak lagu yang mempunyai unsur kemanusiaan?



Y: Kita sedia maklum dengan pergolakan dunia sekeliling kita. Maka, penting bagi kita menghasilkan lagu berunsur kemanusiaan buat kita menyebar kebaikan dan kedamaian. Nilai-nilai positif perlu diterapkan dalam kehidupan generasi mendatang.



Selama ini, saya hanya hasilkan lagu-lagu cinta. Kini, tumpuan saya lebih pada lagu yang mencetus kesedaran mengenai keihsanan dan keinsanan.



S: Apakah cabaran menghasilkan lagu ini?



Y: Cabarannya adalah mengumpulkan kesemua tujuh artis yang terlibat dalam tempoh yang singkat. Kami perlu merakam audio dan juga klip video Taburkan Cinta.



Satu lagi cabaran adalah membahagi-bahagikan rangkap dendangan setiap artis dalam lagu ini. Saya harus menilai dengan teliti kekuatan setiap penyanyi dan padankan mereka dengan rangkap yang sesuai. Cuma Alhamdulillah, mereka bersikap profesional dan amat senang untuk diajak bekerjasama.



S: Apakah nikmat yang Yazri rasa apabila mencipta lagu ini?



Y: Saya rasa selama ini, saya tidak pernah menghasilkan lagu sebegini. Justeru, saya amat bersyukur kerana diberi peluang menjana irama Taburkan Cinta dengan vokalisnya pula terdiri daripada barisan penyanyi yang hebat.



Saya harap lagu ini akan memberi impak dan kelainan buat pendengar.



S: Apakah lagu paling berkesan yang pernah dicipta sejauh ini? Mengapa?



Y: Sudah tentu Korban Cinta dari telefilem Mekah Di Hati yang membawa pada kemenangan saya dan Ryan di Pesta Perdana.



Ini adalah kali pertama saya memenangi pertandingan besar sepanjang 15 tahun terlibat dalam bidang seni ciptaan lagu. Justeru itu, saya amat bersyukur sekali.



S: Apakah yang membuat anda memilih Ryan bagi lagu 'Korban Cinta?



Y: Saya dan Ryan serasi bekerjasama. Saya tahu apa yang beliau mahukan. Beliau juga tahu apa yang saya perlukan dalam sesebuah lagu.



Lagi pun, saya perlukan penyanyi bersuara garau bagi membawakan lagu ini. Ryan juga dapat menghayati watak utama dalam telefilem itu yang dijayakan Aiman Hakim Ridza.



S: Apakah pandangan Yazri tentang persada muzik Singapura? Apa lagi kekosongan yang perlu diisi?



Y: Persada muzik di Singapura semakin berkembang dengan adanya teknologi canggih yang dimanfaatkan zaman ini. Saya harap semua pengiat seni, termasuk saya, dapat sama-sama mempertingkat diri dalam menghasilkan karya bermutu.



Penggiat seni muda dan mapan juga harus sama-sama bergandingan. Yang mapan harus ada sikap 'ayuh kita dakap perubahan' sementara yang muda pula harus ada sikap 'tanpa orang lama, tiadalah mereka yang baru ini'. Yang penting, bakat kita harus ada sikap saling menghormati terhadap diri dan karya masing-masing.



Lagi pun, dalam setiap karya yang dihasilkan, pastinya ada pengorbanan yang tidak dilihat dengan mata kasar. Kita perlu menyokong satu sama lain dan saling mempelajari daripada kekuatan yang ada dalam diri kita.



S: Apakah projek lain yang sedang Yazri usahakan?



Y: Saya baru sahaja selesai menghasilkan single terbaru Ryan dan isterinya, Raudah Osman, yang berajuk Anomali. Klip videonya juga sudah disiapkan. Dalam pada itu, ada tiga lagi projek baru yang bakal dibereskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >