23 November: 'Fattzura' dijangka perjelas hal yang kini dirahsiakan
Premium
23 November: 'Fattzura' dijangka perjelas hal yang kini dirahsiakan
Nov 16, 2017 | 5:30 AM

MINTA DOA YANG BAIK-BAIK: Pelakon Hero Seorang Cinderella, Fazura (kiri) dan Fattah Amin yang ditemui media seberang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), enggan mengulas sama ada mereka sudah bernikah atau tidak dan hanya meminta dihimpun doa yang baik-baik bagi ibadah umrah mereka berjalan lancar. - Foto ROTIKAYA -
ANDAIAN demi andaian bertiup kencang sejak malam kelmarin kononnya gandingan serasi dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, bernikah dalam diam.
Pasangan yang digelar 'Fattzura' (gabungan nama mereka) itu dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya. Bagaimanapun, tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.

