Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 bandar universiti tarik minat pelancong

Bandar universiti di seluruh dunia kini menjadi daya tarikan buat pelancong yang inginkan pengalaman yang berbeza. BERITA MINGGU mengongsikan tiga bandar universiti menarik yang boleh dikunjungi para pembaca.
Jan 7, 2024 | 5:30 AM
THE CAMPUS VALLEY: Laluan seni bina unik di pintu masuk Universiti Perempuan Ewha ini merupakan lokasi ambil foto yang popular.
THE CAMPUS VALLEY: Laluan seni bina unik di pintu masuk Universiti Perempuan Ewha ini merupakan lokasi ambil foto yang popular. - Foto FACEBOOK SEOUL KOREA

Edae, Korea Selatan

Edae merupakan kawasan kejiranan dan daerah beli-belah yang popular oleh kaum hawa di Seoul, Korea Selatan. Ini disebabkan Universiti Perempuan Ewha terletak di dalam kawasan tersebut.

Kedai-kedai di Edae memenuhi keperluan kaum hawa seperti pakaian dan produk alat solek. Barangan yang dijual pula berpatutan disebabkan ia dikhususkan untuk para pelajar. 

Edae telah menjadi daya tarikan para pelancong untuk membeli-belah sejak lewat 80-an. Terdapat juga pelbagai kafe yang menarik di situ dengan jenama Starbucks membuka cawangan pertama mereka di Korea di Ewhayeodae Street pada 1999. 

Pintu masuk universiti itu turut menarik ribuan pelancong setiap hari yang ingin swafoto di hadapan, The Campus Valley, laluan dengan seni bina unik yang dibina pada 2008.

Leiden, Belanda

PEMANDANGAN INDAH: Sungai dan jambatan di seluruh bandar Leiden menjadi tempat menarik para pelancong bergambar.
PEMANDANGAN INDAH: Sungai dan jambatan di seluruh bandar Leiden menjadi tempat menarik para pelancong bergambar. - Foto PIXABAY

Terletak antara The Hague dan Amsterdam, Leiden menempatkan universiti tertua di Belanda, Universiti Leiden yang dimulakan pada 1575.

Terdapat ramai pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti tersebut. Sehingga 2022, Universiti Leiden mempunyai 6,290 mahasiswa antarabangsa dalam program sarjana mudanya, merangkumi 23 peratus daripada jumlah pelajar keseluruhannya.

Leiden juga merupakan tempat pelukis tersohor, Rembrant, dilahirkan dan dibesarkan. Terdapat 13 muzium di Leiden, lantas, ia sebuah bandar yang kaya dengan seni dan budaya.

Taman kecil, kincir angin dan jambatan di sungai di Leiden turut menjadi tempat para pelancong bergambar kerana pemandangan yang sangat indah. Pelancong juga boleh menaiki bot untuk melihat keindahan bandar itu.

Pavia, Italy

CERTOSA DI PAVIA: Tempat beribadah kaum Katolik yang kini merupakan antara daya tarikan para pelancong ke Pavia disebabkan seni bina dan ukiran di dinding yang menakjubkan.
CERTOSA DI PAVIA: Tempat beribadah kaum Katolik yang kini merupakan antara daya tarikan para pelancong ke Pavia disebabkan seni bina dan ukiran di dinding yang menakjubkan. - Foto PIXABAY

Terletak di daerah Lombardy, Italy dan hanya 35 kilometer dari selatan Milan, bandar Pavia merupakan sebuah bandar kuno kecil dan mempunyai banyak tarikan bersejarah.

Ia juga menempatkan Universiti Pavia, salah satu universiti tertua di Italy dan ditubuhkan pada 1361. 

Antara tokoh tersohor yang merupakan alumni Universiti Pavia termasuk pengembara Christopher Columbus.

Univerisiti Pavia tidak mempunyai kampus utama. Bangunan dan kemudahannya terletak di sekitar bandar lantas ia digelar ‘bandar kampus’. 

Antara tempat yang harus dikunjungi termasuk Gereja San Michele dan Certosa di Pavia yang dikenali dengan seni binanya dan muzium-muzium sejarah yang diuruskan oleh Universiti Pavia. 

Memandangkan Pavia bandar kecil, kebanyakan tempat tarikan yang harus dikunjungi terletak berdekatan satu sama lain dan pelancong boleh menghabiskan satu hari di situ dengan berjalan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg