Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

3 bintang kembali dengan album baru!

Setelah lama menyepi tanpa lagu baru, tiga bintang Barat dengan suara bak buluh perindu ini kembali dengan album baru pada tahun ini. Album yang disajikan lebih daripada setakat usaha tampil dengan produk santapan halwa telinga yang baru pada tahun ini. Selebihnya, album ini membawa pengertian lebih besar buat Kelly Clarkson, J. Lo dan Shania Twain. Ikuti apa kata mereka.
Jan 29, 2023 | 5:30 AM
Kelly Clarkson.
Kelly Clarkson. -

KELLY CLARKSON LUAH LUKA SELEPAS BERCERAI

"Saya akan mengeluarkan album baru tahun ini. Saya tahu sudah lama saya menceritakan tentang album ini. Sejujurnya album ini makan masa lama untuk diterbitkan. Sebab saya perlu hapuskan segala rasa tidak tenteram dan kacau-bilau dalam emosi saya selepas melalui perpisahan dengan bekas suami. Ia tempoh yang sangat getir. Nak sampaikan kisah remuk redam dalam lagu memerlukan saya melupakan segalanya yang telah berlaku. Akhirnya, ia akan diterbitkan tahun ini. Tidak semuanya lagu sedih atau lagu marah tetapi ia menggambarkan pasang surut kisah cinta saya bersama Brandon Blackstock. Semuanya dalam album ini." - Juara American Idol (Musim Pertama) dan pengacara program sembang, Kelly Clarkson, 40 tahun. Suami - Blackstock, seorang pengurus muzik, 46 tahun, berkahwin pada 2013 tetapi berpisah secara rasmi pada Mac 2022 walaupun sudah tidak sebumbung pada Jun 2020. Anak - dua, anak lelaki Remington Alexander, enam tahun, dan anak perempuan River Rose, lapan tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg