Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

3 penyanyi wanita mahir main gitar

Mar 25, 2024 | 05:30 AM



Semasa Najwa Latif memasuki industri muzik, beliau sering muncul bersama gitarnya apabila membuat persembahan. Tidak dinafikan, gitar itu sinonim dengan diri Najwa yang sering membuat lagu ‘cover’ di media sosial serta menulis dan mengarang lagunya sendiri. Terdapat beberapa penyanyi wanita yang muncul pada awal era 2010-an turut menampilkan imej serupa.

ANA RAFFALI







Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 38 tahun, pernah tular pada 2010 dengan imejnya yang sering berbaju kurung dan bermain gitar.

Ana yang dikenali dengan lagu, Tolong Ingatkan Aku dan lagu Kalau Berpacaran bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet turut memperoleh Ijazah dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.


Ana yang merupakan ibu dua anak, pernah memasuki pertandingan, Gema Gegar Vaganza, pada 2017 namun tersingkir pada minggu keempat.


Sejak awal 2024, Ana telah memuat naik beberapa video di media sosialnya di mana beliau menyanyikan lagu baru versi ‘demo’ ciptaannya seperti, Engkau Okey? dan Ne No Ne No.


AINAN TASNEEM







Pernah popular dengan lagu, 150 Juta dan Aku Suka Dia, Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, 31 tahun, pernah dibandingkan dengan penyanyi Najwa Latif kerana memiliki imej serupa.


Ainan turut memiliki Sarjana Sains dalam Biologi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau telah bernikah dengan jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 2017.

Walaupun kini tidak aktif dalam industri nyanyian, ibu tiga anak itu masih berkongsi kehidupannya menerusi Instagram.

Ainan turut kelihatan sibuk dengan perniagaan tudungnya menerusi akaun @ainantasneem.my.

YUNA







Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai mula menceburi industri muzik pada 2008 lantas sering digelar sebagai pelopor bagi penyanyi wanita bermain gitar yang mula di media sosial.

Yuna berjaya mencipta nama di Malaysia dan di peringkat sejagat.

Penyanyi lagu, Dan Sebenarnya, itu pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Usher bagi lagu Crush pada 2016 dah meraih 118 juta tontonan di YouTube.


Beliau telah menggembirakan peminatnya dengan kembali bermain gitar sewaktu membuat persembahan di Konsert Jelajah Asia pada 2023 di Jepun, Kuala Lumpur dan Singapura.


Yuna telah mengeluarkan lagu berbahasa Inggeris baru, Glory pada September 2023. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >