Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 ‘anak Aziz’ di pentas ‘All Stars GV’

Oct 10, 2023 | 5:30 AM
PADUAN SUARA ADIK-BERADIK: Aliff Aziz akan meraih semangat baru menyanyikan lagu ‘If I Ain’t Got You’ bersama adiknya, Aisyah Aziz, Ahad ini.
PADUAN SUARA ADIK-BERADIK: Aliff Aziz akan meraih semangat baru menyanyikan lagu ‘If I Ain’t Got You’ bersama adiknya, Aisyah Aziz, Ahad ini. - Foto ASTRO, INSTAGRAM AISYAH AZIZ

Bukan satu atau dua anak Aziz yang bakal terlibat dalam konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza, Ahad ini.

Sebaliknya, empat anak Aziz sekali gus akan berentap vokal dalam konsert bertemakan ‘Berdua Bersatu’ di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang akan menampilkan gandingan duet.

Noryn Aziz, 46 tahun, akan berpadu suara dengan ‘soul sister’ (rakan gandingan yang sama-sama kaki R&B), Liza Aziz, 60 tahun, untuk lagu asal Chaka Khan, yang diberi suntikan segar oleh Whitney Houston, I’m Every Woman.

Aliff Aziz, 32 tahun, pula berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan adiknya, Aisyah Aziz, 29 tahun, bagi lagu Alicia Keys, If I Ain’t Got You.

Kata pengacara All Stars Gegar Vaganza, Nabil Ahmad:

“Wah! Meriahlah. Kita ada empat anak Aziz bersama minggu depan.”

Jihan Muse, rakan pengacaranya pula menambah:

“Bolehlah nyanyi lagu Empat Aziz! Macam lagu Kak Lina, Empat Dara!”

Aliff yang tidak pernah berduet di pentas skala besar bersama Aisyah berkata:

“Saya sebenarnya rasa berbesar hati dapat berduet dengan adik saya. Saya menanti suntikan idea segar daripadanya. Sebabnya, saya adalah peminat besar adik saya, Aisyah. Jadi kita tunggu apa kreativiti dan takrifan Aisyah tentang lagu yang bakal didendangkan.”

Peminat Noryn, Aminah Shahib, 37 tahun, seorang setiausaha dari Singapura, pula tidak sabar mendengar gandingan padu Noryn dan Liza yang dikenali kerana vokal bertenaganya dan sebutan liriknya yang jelas.

“Saya dapat bayangkan duet Noryn dan Liza nanti memang luar biasa. Kalau di negara barat dulu, kita seronok dengar Chaka Khan dan Whitney Houston atau Whitney dan Mariah Carey berganding sama. Kini, kita boleh nantikan gandingan Noryn dan Liza yang kaya dengan warna vokal. Mereka memang penyanyi yang baik dan penghibur luar biasa,” ujar Aminah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg