Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

WHe@Gaya

4 cara pilih seluar untuk paha besar

Jan 03, 2024 | 05:30 AM



Memilih seluar untuk mereka dengan paha besar kadangkala memerlukan usaha tambahan.

Jika anda memilih seluar yang tidak sesuai, ia boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak selesa.

Her World Indonesia mengupas beberapa cara untuk memilih seluar yang sesuai.


Pilih potongan seluar yang sesuai

Anda boleh memilih reka bentuk seluar yang tidak terlalu ketat di bahagian paha dan pinggul.

Sebaliknya, cari seluar dengan potongan yang lebih longgar pada paha dan pinggul supaya lekuk anda dapat dilihat dengan lebih baik.

Perhatikan reka bentuk potongan seluar manakah yang lebih sesuai untuk wanita berpaha besar.

Pilih seluar warna gelap

Bagi anda yang mempunyai paha besar, anda boleh memilih seluar berwarna gelap.

Warna gelap secara tidak langsung boleh membuatkan paha anda kelihatan lebih kecil.

Anda boleh memilih warna lain selain hitam, seperti biru tua untuk menutup bentuk paha anda yang besar.

Selain itu, warna gelap juga sangat mudah untuk digaya dan dipadankan dengan warna lain.

Pilih seluar ‘palazzo’

Seluar ‘palazzo’ ini mempunyai potongan lebar di bahagian bawah dan bahagian atasnya pula berbentuk tinggi di paras pinggang..

Dengan penampilan yang lebih anggun, seluar ‘palazzo’ sering digunakan untuk ke majlis lebih formal.

Jika anda tidak begitu gemar dengan warna gelap, potongan sebegini sesuai untuk wanita dengan paha besar kerana terdapat koleksi pelbagai warna.

Beri perhatian pada perincian

Pilihan perincian pada seluar juga boleh menentukan rupa paha anda.

Anda boleh memilih seluar dengan motif vertikal atau lurus. Seluar dengan corak ini boleh menjadikan kaki anda kelihatan lebih panjang dan langsing.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan seluar yang mempunyai poket atau lipatan tambahan. Ini akan menghalakan mata orang lain ke poket atau lipatan pada seluar anda.

Beberapa kaedah di atas mungkin hanya perkara kecil, tetapi perkara kecil itu boleh memberi kesan besar.

Maka, usah teragak-agak untuk cuba beberapa kaedah di atas dan lihat bagaimana ia boleh mengubah penampilan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >