Topic followed successfully
Go to BHku40 kucing Adibah Noor dijaga pembantu, keluarga
Premium
40 kucing Adibah Noor dijaga pembantu, keluarga
Jun 25, 2022 | 5:30 AM
40 kucing Adibah Noor dijaga pembantu, keluarga
NASIB KUCING DIBELA: Pembantu peribadi Allahyarhamha Adibah Noor, Todd, memberitahu warganet bahawa beliau dan anggota keluarga Adibah akan menjaga 40 kucing peliharaannya dan ia tidak terbiar sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. - Foto TWITTER ADIBAH NOOR -
PETALING JAYA: SEBANYAK 40 kucing peliharaan Allahyarhamha Adibah Noor kini dijaga dengan baik oleh pembantu peribadinya (PA) yang dikenali sebagai Todd serta ahli keluarga penyanyi itu sendiri.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu ciapan yang ditulis dalam Twitter milik Adibah Noor oleh Todd dengan memaklumkan bahawa kebajikan kesemua kucing milik arwah akan dijaga dengan baik olehnya bersama ahli keluarga yang lain, lapor laman Kosmo! Online.

