Premium
40 kumpulan terlibat dalam pesta tari Muara
Oct 24, 2018 | 5:30 AM
RAI SENI: Gabungan penari tiga negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura - menjadi persembahan utama 'Festival Muara' di Esplanade, yang boleh ditonton secara percuma sepanjang tiga hari pesta berlangsung. - Foto ERA DANCE THEATRE -
TEMASYA tarian Melayu serantau Festival Muara kembali hujung minggu ini di Esplanade Teater Di Persisiran. Acara padat disertai lebih 40 kumpulan, termasuk dari Indonesia, Malaysia dan kumpulan mapan dan sekolah Singapura.
Antara perkara menarik dalam festival yang berlangsung Jumaat hingga Ahad ini ialah gabungan penari dua pusat pengajian tinggi, Ilsa Tari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Beztari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

