Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 cara penipu beroperasi: Cara lindungi diri dari jadi mangsa

Sep 20, 2023 | 02:10 PM



Perangkaan Polis menunjukkan bahawa lebih separuh mangsa penipuan pada 2022 berumur antara 20 dengan 39 tahun. Berikut antara modus operandi penjenayah:

Penipuan pancingan data


Cara ia berfungsi: Pemancing data cuba menipu anda supaya mendedahkan maklumat peribadi anda seperti bukti kelayakan log masuk anda, kata laluan, nombor kad pengenalan atau butiran kad kredit.


Dalam kes sedemikian, penipu menyamar sebagai pertubuhan yang dipercayai – seperti bank dan agensi pemerintah – untuk menghubungi mangsa, menggesa mereka mendedahkan maklumat peribadi mereka. Ini dilakukan dengan mewujudkan keadaan mendesak yang palsu.

Cara lindungi diri: Sentiasa sahkan aplikasi atau laman web yang anda log masuk. Perhatikan tanda-tanda seperti salah ejaan dalam URL. Laman web yang sah harus mempunyai simbol kunci atau ‘https://’ dalam bar alamat.


Jangan sesekali mendedahkan kata laluan anda atau kata laluan sekali sahaja melalui telefon. Organisasi yang sah tidak akan berbuat demikian.

Penipuan kerja


Cara ia berfungsi: Penipu menghubungi bakal mangsa melalui aplikasi mesej popular seperti Telegram dan WhatsApp, menawarkan kerja mudah yang boleh dilakukan dari rumah untuk dapat pendapatan lumayan.


‘Pekerjaan’ sedemikian biasanya melibatkan peserta untuk menyukai siaran media sosial, melengkapkan tinjauan dalam talian atau meninggalkan ulasan produk.

Peserta biasanya mendapat bayaran komisen apabila menyelesaikan ‘tugas’ pertama mereka, menyebabkan mereka percaya peluang pekerjaan itu adalah nyata.

Setelah penipu mendapat kepercayaan mangsa, mereka akhirnya membuat beberapa tugas melibatkan mangsa memindahkan wang mereka sendiri ke akaun bank yang disediakan oleh penipu. Mangsa akan dijanjikan wang mereka dikembalikan seiring komisen atas usaha mereka. Namun, penipu akan menghilang.

Penipuan pembelian


Cara ia berfungsi: Kira-kira $20 juta hilang akibat penipuan pekerjaan pada Mei 2023, kata polis dalam usaha untuk memaklumkan orang ramai. Penipuan ini menawarkan peluang pekerjaan palsu yang melibatkan pembelian dalam talian.


Cara lindungi diri: Tuntutan yang menjanjikan wang mudah namun diragui tidak boleh dipercayai. ‘Tawaran kerja’ sedemikian biasanya melibatkan perbuatan memuat turun aplikasi yang tidak diketahui asal usulnya. Melakukannya bukan sahaja akan mendedahkan anda kepada penipuan, bahkan boleh menjejaskan keselamatan. Justeru elak muat turun aplikasi yang tidak diiktiraf atau tidak dipercayai.


Penipuan e-dagang


Cara ia berfungsi: Trend beli-belah dalam talian semakin popular, penipuan e-dagang juga semakin berleluasa. Penipu menyiarkan pelbagai produk untuk dijual di wadah beli-belah atau iklan di media sosial, dengan memberikan diskaun atau tawaran harga menarik yang jauh di bawah harga runcit biasa.


Penjual akan menghilangkan diri setelah pembeli membuat pembayaran.

Cara lindungi diri: Lakukan urus niaga di wadah membeli-belah yang mantap dan dipercayai. Walaupun begitu, pastikan anda memilih penjual yang disahkan, kedai jenama rasmi dan semak ulasan dengan teliti. Waspada pada pautan yang dihantar oleh penjual yang mendakwa mereka perlu melakukan langkah tambahan untuk mengesahkan pembelian anda.


Penipuan Pelaburan


Cara ia berfungsi: Ini adalah skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan tinggi untuk pelaburan dalam apa sahaja daripada mata wang kripto, hartanah luar negara dan juga durian.


Mereka yang mengambil bahagian dalam pelaburan mungkin pada mulanya memperoleh keuntungan, menyebabkan mereka percaya bahawa pelaburan itu sah. Ia menarik mereka untuk melaburkan jumlah wang yang lebih besar.

Cara lindungi diri: Semak dengan sumber rasmi dan lakukan pelaburan hanya dengan penasihat kewangan berlesen. Lazimnya tokoh-tokoh terkemuka tidak akan menganjurkan kumpulan pelaburan swasta. Usah terpengaruh dengan keuntungan positif awal, terutamanya jika ini melibatkan keuntungan secara teori.


Seperti semua pelaburan, lakukan usaha wajar anda. Peluang pelaburan yang sah biasanya dihebahkan dengan baik di saluran media yang bereputasi atau sumber rasmi. – GovTech.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >