Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 muzium baru pembuka mata

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Anda mungkin gemar melangkahkan kaki ke muzium serata dunia yang menampung pelbagai khazanah bersejarah.

Berikut adalah lima muzium baru yang akan membuatkan anda terpegun dengan barangan yang dipamerkan.

Muzium Robot dan Kecerdasan Buatan (AI) di Seoul, Korea Selatan

Muzium yang bakal dibuka pada Julai ini memberi gambaran betapa AI membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. Teknologi robotik dapat dipelajari. Anda akan dibawa meninjau pelbagai mesin AI yang kini menjadi tumpuan manusia era canggih.

Muzium Holocaust di Toronto, Canada

Muzium yang diasaskan mereka yang terselamat daripada tragedi pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi di Eropah ini dibuka semula selepas mendapat suntikan kewangan daripada Yayasan Azrieli. Ia dibangunkan pada pertengahan 1980-an.

Kini, muzium serba baru yang penuh unsur kesenian ini ditujukan untuk pendidikan inovatif gejala Holocaust dengan fokus diberi pada pengalaman mereka yang terus bernyawa pada pasca peperangan Canada.

Muzium Besar Mesir di Kahirah, Mesir

Selama sedekad, Muzium Besar Mesir ini diusahakan dan akhirnya pada penghujung 2023 ini, ia akan dibuka. Inilah muzium arkeologi terbesar yang akan mempamerkan lebih 100,000 artifak. Dalam kalangan koleksi muzium ini, anda akan temui 5,000 khazanah daripada makam Tutankhamun yang akan dipamerkan buat kali pertama dalam sejarah.

Muzium Afrika-Amerika Antarabangsa di Charleston, Amerika

Selepas dua dekad menanti pembangunan dan perancangan muzium ini, ia akhirnya akan dibuka di atas pelabuhan perdagangan yang pernah menjadi tempat hamba abdi dari Afrika memasuki Amerika. Terdapat sembilan ruang pameran dan 700 hasil kerja seni dan artifak.

Muzium Seni dan Fotografi di Bengaluru, India

Pada Februari lalu, muzium baru yang dikhususkan bagi seni lukis dan rekaan India dibuka kepada orang awam di Bengaluru. Muzium ini menampung 60,000 kerja seni oleh pelukis Asia Selatan. Terdapat arca, foto dan seni pementasan yang disajikan sepanjang 1,000 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >