Mereka boleh dianggap sebagai penjahat kejam dalam dunia perfileman Hollywood.
Siapakah mereka dan apakah yang dilakukan untuk mendapat gelaran penjahat paling zalim dalam sejarah perfileman dunia?
Apakah pula perasaan lima pelakon yang membawa watak jahat ini?
Pelakon: David Prowse
Trivia: Prowse dipilih sebagai peminjam suara penjahat Star Wars, Darth Vader. Kemudian beliau diminta bawa watak Darth Vader dengan suaranya pula digantikan dengan suara James Earl Jones.
Kejahatan: Memiliki kuasa luar biasa untuk menundukkan ramai tetapi memiliki kisah latar yang tragis sehingga ramai sedih mendengar ceritanya lantas bersimpati dengannya.
Apa kata Prowse: “Saya sebenarnya dipilih untuk bawa watak teman Han Solo, Chewbacca tetapi saya memilih untuk jadi penjahat Darth Vader. Lebih seronok bawa watak ini.”
Pelakon: Ralph Fiennes
Trivia: Watak Lord Voldemort memelihara ular.
Kejahatan: Menggunakan ilmu hitam dan kuasa jahat untuk menguasai orang.
Apa kata Fiennes: “Saya sebenarnya berat hati membawa watak penjahat dalam filem Harry Potter ini tetapi menerimanya selepas beberapa kali dipujuk penerbit. Saya diberi penghormatan untuk hidupkan francais filem kegemaran ramai ini.”
Pelakon: Brian Cox
Trivia: Pakar psikiatri yang makan mangsanya.
Kejahatan: Tidak berihsan dan merupakan pembunuh bersiri yang akan memantau pergerakan mangsanya.
Apa kata Cox: “Pengalaman membawakan watak ini memang menyeronokkan. Bagi saya, mudah bawa peranan penjahat misteri ini walaupun orang kadangkala hanya ingin melupakannya kerana kejahatannya.”
Pelakon: Robert Englund
Trivia: Awalnya, beliau dipaparkan sebagai pencabul kanak-kanak tetapi diubah menjadi pembunuh kanak-kanak.
Kejahatan: Terlalu jahat hingga dibakar ibu bapa mangsa kanak-kanak yang dibunuh.
Apa kata Englund: “Saya membina kerjaya berjaya di peringkat antarabangsa sebagai Freddy daripada saya membuang masa menjadi pelakon karakter yang penat-lelah bermain dengan emosi tetapi tidak dikenali.”
Pelakon: Anthony Perkins
Trivia: Cemburukan ibunya yang mempunyai kekasih hati.
Kejahatan: Sanggup membunuh ibu dan teman lelaki si ibu.
Apa kata Perkins: “Saya akui watak Norman Bates ini kadangkala menakutkan saya juga sebab dia mempunyai sesuatu yang disembunyikan selalu.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg