Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

6 alat teknologi bantu warga tangani inflasi

Apr 24, 2024 | 07:32 PM



Kos sara hidup merupakan antara keprihatinan utama rakyat Singapura.

Ramai warga yang dapat rasakan harga barangan daripada harga makanan harian kepada harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) telah meningkat.

Menurut ramalan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kadar inflasi teras dan keseluruhan pada 2024 dijangka berada pada julat 2.5 peratus hingga 3.5 peratus.

Inflasi teras dijangka kekal pada aliran sederhana secara beransur-ansur sepanjang 2024.

Ini memandangkan tekanan kos import terus menurun dan kesesakan dalam pasaran buruh domestik berkurangan, kata mereka.

Sememangnya, pemerintah terus berusaha menangani isu itu dengan teliti dan memperkenal pelbagai langkah sokongan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga untuk pelbagai jenis keperluan, daripada air hinggalah barangan runcit di pasar mini kejiranan. Ini termasuk Baucar GST dan rebat bil api air.

Namun terdapat beberapa faktor luaran yang sukar dikawal yang boleh menjejas harga barangan – seperti konflik di Timur Tengah dan perang antara Ukraine dengan Russia.

Di peringkat individu, adalah bijak bagi setiap warga terus mencari cara berjimat dan mendapatkan nilai terbaik bagi setiap dolar.

Mujur ada beberapa aplikasi dan perkhidmatan yang dibangunkan pemerintah yang boleh membantu warga mencari nilai belanja terbaik di samping mendapatkan panduan mengemudi inflasi.

Berikut antara saranan yang dikongsi di laman web, Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech).

SGFinDex

Kunci menangani inflasi di peringkat ialah menguruskan dompet masing-masing dengan baik. Ini mungkin perkara asas.

Anda perlu tahu berapa banyak wang yang anda ada, supaya anda boleh rancang berapa banyak yang boleh anda belanjakan.

Usaha ini mungkin lebih rumit masa kini memandangkan ada warga kini mempunyai lebih daripada satu akaun kewangan dan pelaburan.

Menjejak wang yang keluar masuk daripada pelbagai akaun mungkin sukar.

Dalam hal ini, SGFinDex atau Pertukaran Data Kewangan Singapura boleh memudahkan urusan dengan menyatukan maklumat kewangan peribadi anda di bawah satu pandangan.

Dengan SGFinDex, individu boleh menggunakan Singpass mereka untuk mendapatkan maklumat kewangan peribadi mereka (seperti deposit simpanan, kad kredit, pinjaman dan pelaburan) daripada bank yang mengambil bahagian dan akaun pelaburan Depositori Pusat SGX.

Khidmat itu turut menyiarkan pelbagai maklumat kewangan lain seperti pinjaman HDB dan baki CPF, maklumat polisi insurans hayat, kemalangan dan kesihatan yang dimiliki merentasi pelbagai syarikat insurans yang mengambil bahagian.

Dengan adanya maklumat di hujung jari, individu boleh memahami status kewangan secara keseluruhan sekali gus membantu mereka merancang kewangan secara holistik.

BudgetMealGoWhere

Jika anda suka makan di luar, tdan mahu mencari makanan pada harga yang dimampui, kunjungi laman web, BudgetMealGoWhere.

Dibangunkan bersama oleh GovTech dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), laman web itu membantu penduduk mencari kedai kopi yang menawarkan makanan dimampui dengan mudah.

Untuk memanfaatkan khidmat tersebut, kunjungi laman web itu, isikan poskod atau lokasi yang anda ingin kunjungi dan lihat senarai kedai kopi terdekat serta pilihan makan dan harga yang tersedia.

Pelbagai jenis hidangan ditawarkan, termasuk banyak kegemaran tempatan daripada mi hingga nasi lemak.

Tinjauan Berita Harian menggunakan laman itu mencari makanan dimampui di sekitar Toa Payoh North, misalnya berupaya menghasilkan senarai kedai kopi berdekatan yang menawarkan hidangan nasi lemak pada harga $3.50, nasi goreng ($3.00), mi siam goreng ($3.00)


Pengguna juga boleh mengakses laman web, BudgetMealGoWhere melalui aplikasi LifeSG.

Jika anda mempunyai maklumat tentang makanan yang lebih dimampui, anda juga boleh menyumbang maklumat itu kepada repositori melalui tapak web CrowdTaskSG.

Di situ anda boleh berkongsi foto dan maklumat tentang hidangan tersebut.

Price Kaki

Selain makanan, satu lagi kategori perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ialah barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, susu, pembersih rumah dan barangan yang sering dibeli di pasar raya.

Di sinilah Price Kaki boleh membantu.

Khidmat ini membolehkan anda membandingkan harga lebih 10,000 barangan pasar raya – termasuk barangan runcit dan keperluan rumah – dan mencari tawaran terbaik di seluruh cawangan dan lokasi berbeza.

Dilancarkan pada 2019 oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), laman itu mengandungi maklumat tambahan seperti promosi berterusan dan turun naik harga.

Peningkatan ciri 2023 juga membolehkan pengguna melihat harga setiap produk mengikut unit.

Walaupun fungsi utama aplikasi itu adalah untuk membandingkan harga barangan pasar raya, ia juga meliputi lebih daripada 31,000 barangan masak yang dijual di medan selera, pusat penjaja dan kedai kopi.

Healthy365, LumiHealth
dan ActiveSG

Walaupun matlamat utama aplikasi tersebut menggalak amalan gaya hidup sihat, ia juga menawarkan pelbagai faedah tambahan.

Ini termasuk ganjaran dalam bentuk baucar yang diagihkan setelah pengguna berjaya mencapai matlamat kesihatan misalnya bilangan langkah yang disasarkan setiap hari atau menyimpan jurnal masa tidur demi mendapat tempoh rehat yang lebih baik.

Healthy365 dan LumiHealth (khusus untuk pengguna Apple Watch) membolehkan pengguna mendapatkan baucar dari pasar raya yang mengambil bahagian seperti FairPrice dan Giant.

Pengguna juga boleh menikmati pelbagai faedah tawaran peniaga lain yang mengambil bahagian seperti Mr Bean.

Dan jika semua perbincangan tentang kecergasan telah memberi inspirasi, anda tidak perlu keluar untuk meneruskan gaya hidup sihat jika anda mempunyai aplikasi ActiveSG.

Sebagai contoh, daripada membelanjakan beribu-ribu dolar untuk menjadi anggota gimnasium, anda boleh membeli pas sepanjang tahun yang memberi anda akses kepada semua 28 gimnasium ActiveSG dengan hanya bayaran $300.

Dan jika anda bersenam hanya pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum) sebelum 4 petang, anda boleh mendapatkan pas luar waktu sibuk sepanjang tahun dengan hanya $80!

Ekonomi sejagat masih sedang pulih daripada kesan pandemik Covid-19, manakala perang dan ketidakstabilan geopolitik turut menyumbang kepada kenaikan harga.

Walaupun faktor itu berada di luar kawalan, warga kini mempunyai alat yang boleh digunakan untuk membantu mengharungi masa sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >