Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

6 filem wanita ‘perkasa’ dengan sifat keibuan dalam 2023

WHe@Santai
Dec 20, 2023 | 05:30 AM



Terdapat beberapa film yang mengisahkan tentang sosok perempuan yang kuat dan penuh inspirasi.

Biasanya, karakter perempuan dalam filem seperti ini digambarkan berada dalam situasi kompleks tetapi dengan tekad serta keperibadiannya, mampu melalui konflik yang terjadi dalam hidupnya.

Berikut enam film yang menampilkan sosok perempuan teguh pendirian, bersemangat waja tetapi tetap keibuan, yang diterbitkan dalam 2023.

‘Budi Pekerti’

Filem Indonesia ini adalah karya Wregas Bhanuteja yang mengisahkan seorang guru bahasa kebangsaan bernama Bu Prani (dijayakan pelakon Sha Ine Febriyanti) yang tiba-tiba menjadi sebutan dan mendapat perhatian di media sosial melalui sebuah video.

Dalam video tersebut, Bu Prani dituduh mengucapkan kata-kata yang tidak sewajarnya. Ia bertentangan dengan kerjayanya sebagai pendidik.

Tidak hanya itu, Bu Prani juga harus berjuang menyantuni keluarganya kerana suaminya menghidap bipolar.

Selain itu, guru itu harus menghadapi kritikan netizen kerana pendekatannya dalam memberikan ‘refleksi’ kepada murid-muridnya dianggap kontroversial.

Bu Prani layak diakui sebagai salah satu karakter perempuan yang teguh pendirian dan berani.

Meskipun menghadapi masalah dengan keluarga, Bu Prani tetap berjuang dan bermuhasabah diri.

‘Air Mata di Ujung Sajadah’

Filem ini mengisahkan tentang seorang ibu bernama Aqila (Titi Kamal) yang terpisah dengan anak yang baru dia lahirkan dan akhirnya mendapat bukti bahwa anak kandungnya, Baskara, masih hidup.

Dia mendapat tahu anaknya diasuh oleh Arif (Fedi Nuril) dan Yumna (Citra Kirana).

Konflik batin antara ibu kandung dengan ibu asuh menjadi tumpuan dalam filem ini.

Melalui Aqilla dan Yumna, penonton belajar mengenai keikhlasan, kesabaran, dan kasih sayang.

‘Women from Rote Island’

Filem ini menceritakan seorang suri rumah daripada suku asli, Orpha, yang baru saja kehilangan suami.

Sebelum meninggal dunia, suaminya berpesan bahawa dia tidak ingin dimakamkan kecuali puteri sulungnya, Martha, pulang dari Sabah, Malaysia.

Setelah pulang, Orpha mengetahui puterinya menjadi mangsa pemerkosaan ketika bekerja di kebun sawit.

Di kampung halamannya, Martha menjadi bahan cercaan penduduk kampung. Menghadapi hal ini, Orpha harus menjadi sosok ibu yang kuat bagi puterinya.

Filem ini mengkritik isu sosial tentang tradisi yang menempatkan perempuan sebagai gender kelas dua dan rentan terhadap kekerasan seksual.

Maka wajarlah filem ini meraih pengiktirafan Filem Cereka Panjang Terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2023.

‘The Mother’

Jennifer Lopez kembali muncul di dunia perfileman melalui, The Mother, yang ditayang di Netflix pada Mei.


Dalam filem ini, Jennifer berperanan sebagai ibu dan pembunuh bayaran yang sedang menjalankan misi berbahaya.

Dalam menjalani misinya, dia mendapati dirinya hamil namun demi keselamatan si anak, dia menyerahkan anak itu dalam jagaan orang lain.

Namun, beberapa penjahat mengancam nyawa anaknya.

Di sinilah, dia harus mencari cara menyelamatkan anaknya daripada situasi berbahaya tersebut.

‘Ballerina’

Filem dari Korea Selatan ini antara yang popular di Netflix pada 2023.

Ia menceritakan Ok Ju (Jun Jong Seo) yang ingin membalas dendam atas kematian sahabatnya, Mi Hee (Park Yu Rim).

Filem bergenre action-thriller ini akan membuat penonton tegang tetapi mungkin terkesima dengan persahabatan antara Ok Ju dengan Mi Hee.


Filem ini mengangkat semangat wanita yang pasti bangkit tatkala rasa ditindas dan diperlakukan secara tidak adil.

‘Kill Boksoon’

Filem ini menceritakan kisah Bok Soon (Jeon Do Yeon), seorang pembunuh upahan dan seorang ibu tunggal. Bok Soon dikenali sebagai pembunuh yang selalu berhasil menyelesaikan misinya dengan baik.

Namun, hubungannya dengan anaknya yang kurang harmoni membuat dia berasa bahawa menjadi pembunuh lebih mudah daripada menjadi seorang ibu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >