Topic followed successfully
Go to BHku8 kali tonton filem 'Misteri Dilaila' demi rungkai jawapan
Premium
8 kali tonton filem 'Misteri Dilaila' demi rungkai jawapan
Mar 6, 2019 | 5:30 AM
8 kali tonton filem 'Misteri Dilaila' demi rungkai jawapan
CARI JAWAPAN TEKA-TEKI: Sebagai peminat novel dan 'ulat buku', Cik Asliani Abdul Ghani (kanan) kagum dengan ulitan plot filem Misteri Dilaila yang membuatnya berfikir sehingga beliau menontonnya lapan kali. Cik Asliani menemui pelakon utama, Zul Ariffin di sesi beramah-tamah dengan pengarah, penerbit dan pelakon Misteri Dilaila. - Foto ihsan ASLIANI ABDUL GHANI -
SELAGI belum dapat mencari jawapan ke mana perginya watak Dilaila - dibunuh atau masih hidup - Cik Asliani Abdul Ghani tidak jemu menonton Misteri Dilaila berulang kali di pawagam.
Peminat novel saspens dan misteri ini malahan sudah menonton filem arahan Syafiq Yusof yang mempunyai dua versi kesudahan itu sebanyak lapan kali meskipun filem itu baru ditayangkan di pawagam Cathay, hampir dua minggu lalu.

