Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KESIHATAN

9 senaman harian bagi wanita pertengahan usia

May 04, 2020 | 05:30 AM



PERMULAAN usia pertengahan adalah mercu tanda penting dalam hidup.



Menurut Profesor Ken Fox, pensyarah di Jabatan Sains Kesihatan dan Senaman di Universiti Bristol, otot manusia mula mengecil pada usia pertengahan 40-an tahun dan kandungan lemak tubuh pula bertambah.



Keadaan ini boleh menambah risiko penyakit gaya hidup seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.



Berikut beberapa senaman harian yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kecergasan jasmani anda.



1) Burpees



Lakukan senaman ini satu dua kali seminggu.



Mula dari posisi berdiri, sebelum menyangkung dan selanjutnya melunjurkan kaki.



Kembali ke posisi berdiri dengan cara menarik kaki ke tubuh dan menyangkung semula.



Antara lain, senaman ini boleh mencegah metabolisme tubuh daripada menurun.



2) Squats (Menyangkung)



Bentuk punggung wanita akan mula berubah pada usia 40 tahun akibat saiz otot yang mengecil.



Senaman ini, jika dilakukan dengan cara yang sewajarnya, seperti memastikan postur tubuh tegak dan lutut di posisi di atas kaki.



Ia boleh membantu tubuh anda menjadi lebih fleksibel dan mencegah kecederaan.



3) Plank (Luruskan badan)



Melakukan senaman ini selama 90 saat, tiga kali seminggu adalah cara baik untuk memperkuat otot tubuh utama kita.



Ia menguatkan otot perut, otot dada, dan otot yang mengelilingi tulang belakang kita.



4) Angkat 'berat'



Kesakitan sendi kronik boleh 'menyerang' orang dewasa dari sepelusuk usia dan satu cara mencegah penyakit ni adalah dengan melakukan latihan utuk menguatkan sendi.



Anda tidak perlu mengangkat berat secara keterlaluan.



Memadai dengan melalukan 'deadlift' dengan mengangkat besi berat 1-3 kilogram dalam setiap tangan, dua tiga kali seminggu.



5) Bina jambatan



Jika anda bekerja di pejabat yang menghabiskan lima enam jam di meja, kadar tubuh kita membakar kalori - atau metabolisme kita boleh menjunam.



Anda boleh mengurangkan kadar junam metabolisme menjunam dengan senaman ini, yang menggunakan otot punggung untuk mengangkat dan mengetatkan pinggul.



6) Lakukan senaman 'Y-TO-T'



Sarcopenia ialah otot rangka tubuh yang mengecil apabila kita kian lanjut usia.



Jika anda ingin mencegah postur yang kurang baik dan rasa sengal atau sakit-sakit di bahu, adalah penting bagi kita memperkuat otot di belakang tubuh dan bahu kita.



7) Kardio 'low-impact'



Satu cara wanita berusia lebih 40 tahun boleh merangsang kesihatan jantung adalah dengan melakukan senaman 'low impact'.



Anda hanya perlu bersenam sehingga mencapai 80 peratus kadar degupan jantung, sekurang-kurangnya 30 minit sehari, antara tiga dengan empat kali seminggu.



8) Berjalan kaki



Kegiatan ini adalah senaman terbaik yang boleh kita lakukan.



Ia bukan sahaja membakar kalori, malah memperkuat otot dan mempertingkat mood kita. Berjalan juga tidak memberikan tekanan terhadap sendi kita.



9) Yoga



Selain mempertingkat kecergasan tubuh kita, yoga juga boleh menambah kecergasan minda kita. Beberapa pihak juga berpendapat bahawa melakukan yoga boleh mengurangkan risiko mengalami kemurungan. - Sumber: brightside.me




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >