Premium
Aamir cetus fenomena di China
Dec 20, 2018 | 5:30 AM
PIKAT HATI GADIS CHINA: Aamir Khan (sedang berswafoto), berkunjung ke Chengdu, China, baru-baru ini bagi menemui peminatnya. - Foto GLOBAL TIMES -
KEPOPULARAN bintang Bollywood, Aamir Khan, di China membuatkan kehadirannya di Pesta Filem Antarabangsa Hainan di Sanya, baru-baru ini, begitu dinanti-nanti.
Nama Aamir, 53 tahun, yang mewakili India di pesta filem yang bermula 9 Disember lalu itu malah dilaung-laungkan apabila beliau bergambar dengan dua lagi artis hebat bertaraf antarabangsa, Johnny Depp, 55 tahun dan Jackie Chan, 64 tahun.

