SPH Logo mobile
Langgan|

Aaron Aziz dapat gelaran 'Datuk'

Aaron Aziz dapat gelaran 'Datuk'

Dec 16, 2017 | 6:25 PM

Aaron Aziz dapat gelaran 'Datuk'

Aaron Aziz (paling kiri) mendapat gelaran Datuk.
Aaron Aziz (paling kiri) mendapat gelaran Datuk. -

PELAKON popular Aaron Aziz kini bergelar Datuk setelah dikalungkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar sekitar Pekan, Pahang. Selain Aaron, 41 tahun, gandingannya dalam filem aksi Dampak, Farid Kamil, 36 tahun, turut disampaikan dengan gelaran Datuk. Mereka adalah antara 167 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Ucapan tahniah membanjiri laman media sosial Aaron, baik Twitter, Instagram dan Facebook. Warga Singapura tumpang bangga dengan pencapaian Aaron yang diberi gelaran 'Hero Malaya' malah banyak menjayakan drama kegemaran ramai seperti Adam dan Hawa, Isteri Tuan Ihsan dan Tuan Anas Mikael. Sebelum ini, seorang lagi pelakon asal Singapura, Adiputra, turut menerima gelaran Datuk.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg