Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Abba tiada rancangan bersatu di Sweden bagi Eurovision 2024

May 30, 2023 | 1:37 PM
NAFIKAN PENYATUAN SEMULA: Penggerak kumpulan popular Abba, Bjorn Ulvaeus (kiri) dan Benny Andersson, menafikan kumpulan mereka akan bersatu semula bagi peraduan Eurovision di Sweden tahun depan.
NAFIKAN PENYATUAN SEMULA: Penggerak kumpulan popular Abba, Bjorn Ulvaeus (kiri) dan Benny Andersson, menafikan kumpulan mereka akan bersatu semula bagi peraduan Eurovision di Sweden tahun depan. - Foto UNIVERSAL MUSIC

TIADA rancangan untuk bersatu semula dan membuat persembahan bersama di peraduan Eurovision Song Contest di Sweden meskipun tahun depan kumpulan Abba meraikan ulang tahun ke-50 kemenangan mereka.

Begitulah yang ditekankan dua pengasas kumpulan ini, Benny Andersson, 76 tahun, dan Bjorn Ulvaeus, 78 tahun, dalam satu wawancara bersama program Britain, BBC Newsnight, baru-baru ini.

Kededuanya menafikan mereka akan menyambut ulang tahun kejayaan Abba yang ke-50 di Eurovision dengan mewarnai peraduan tersebut yang membuatkan mereka dikenali serata dunia apabila menang dengan lagu Waterloo pada 1974.

Ketika itu, mereka membuat persembahan dengan dua lagi anggota Abba yang merupakan bekas isteri mereka, Agnetha Faltskog dan Anni-Frid Lyngstad.

Sweden dipilih sebagai tuan rumah Eurovision 2024 setelah pesertanya Loreen menjuarai peraduan Eurovision 2023 di Liverpool, di utara England.

“Saya tidak mahu (mengadakan penyatuan semula Abba) dan kalau saya tidak mahu, segalanya takkan berlaku. Sama juga seperti anggota lain...sejurus ada yang kata ‘tidak’ bererti tidak...ia takkan berlaku,” kata Andersson.

Menurut Ulvaeus pula, Abba boleh meraikan ulang tahun ke-50 kumpulan itu tanpa berada di pentas.

Abba ditubuhkan pada 1972 dan menambat hati ramai peminat serata dunia dengan lagu seperti Dancing Queen dan Fernando. Empat individu berbakat besar ini membubarkan band mereka pada awal 1980-an dan telah menjual sekitar 385 juta rekod.

Tahun lalu, mereka melancarkan avatar digital mereka dalam satu konsert hologram di London. Avatar ini menggambarkan versi digital mereka pada zaman kegemilangan sekitar tahun 1970-an. Ia adalah hasil eksperimen teknologi tangkapan filem bergerak.

.ZAMAN GEMILANG: Abba pada 1970-an.
.ZAMAN GEMILANG: Abba pada 1970-an. - Foto UNIVERSAL MUSIC
Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg