Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adi Putra buat kajian hidupkan watak pahlawan Mat Kilau

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



SELAMA lebih dua tahun, pelakon kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra, sepi daripada projek perfileman kerana pandemik Covid-19.



Beberapa hari lalu, dengan tayangan filem yang bermain di bibir ramai kini, Mat Kilau, namanya kembali menjadi sebutan.



Adi Putra, 41 tahun, diberi watak tokoh dan pejuang bersejarah, Mat Kilau.



Ramai antara kita yang masih tidak mengenali siapa sebenarnya Mat Kilau Imam Rasu, seorang bangsawan dan pahlawan yang terkenal dalam menentang penjajahan British satu ketika dahulu.



Justeru, penceritaan Mat Kilau menentang British diangkat menjadi filem yang paling dinantikan tahun ini.



Berikut adalah temu bual Utusan Malaysia bersama Adi Putra, sempena tayangan filem yang kini sudah mencecah kutipan RM12.2 juta ($3.84 juta) dalam tempoh empat hari ditayangkan di seberang Tambak.



Soalan (S): Nyatakan persepsi yang boleh Adi berikan dan apa rujukan yang dilakukan tentang watak ini?



Adi Putra (AP): Secara jujur, watak Mat Kilau ini adalah watak yang paling saya hormati dan mencabar berbanding yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Seperti yang semua sedia maklum, Mat Kilau adalah tokoh dan pahlawan ternama.



Saya ada buat rujukan kepada penerbit dan pengarah. Saya juga bertemu keturunannya yang masih ada sehingga ke hari ini.



Generasi Mat Kilau yang saya jumpa adalah yang ketiga dan keempat iaitu dalam kalangan cucu dan cicit arwah.



Saya memegang amanah untuk tidak mendedahkan siapa mereka. Begitu juga masjid yang terletak di Jerantut, di mana arwah dikembalikan ketika meninggal dunia.



S: Apa cabaran untuk menghidupkan watak ini?



AP: Saya kena berhati-hati. Jangkaan umum adalah tinggi lebih-lebih lagi berkaitan tokoh disegani. Kami tidak miliki maklumat terperinci, yang 100 peratus tentang beliau. Mungkin dalam 70 peratus kami ada.



Dari sudut penceritaan, saya banyak berbincang dengan penerbit dan pengarah.



Filem ini tentang kebangkitan pahlawan dan memaparkan bagaimana Mat Kilau dan sahabat-sahabat mempertahankan tanah air daripada penjajahan Belanda.



Filem ini bukan biografi. Namun Mat Kilau juga bukan mitos. Beliau wujud. Alhamdulillah, dengan rujukan dan perbincangan yang dibuat, saya dapat tonjolkan perwatakan Mat Kilau itu secara visual.



Filem adalah filem. Saya nak kongsikan tentang kebangkitan pahlawan. Apa yang kita tahu, arwah meninggal dunia pada usia lebih 100 tahun. Jadi watak Mat Kilau yang saya lakonkan adalah dirinya ketika berusia 30-an tahun. Itu yang telah dibincang dan dipersetujui oleh pengarah dan penerbit.



S: Berdasarkan kajian yang dilakukan, apa yang Adi faham tentang seorang Mat Kilau?



AP: Saya ambil pandangan satu persatu. Ada yang sama dan berbeza. Saya difahamkan, arwah di usia remaja cenderung kepada keagamaan. Begitu juga dengan bapanya, Tok Gajah yang merupakan seorang guru agama.



Ada juga yang berpandangan ketika umurnya 80 hingga 90 tahun, beliau adalah seorang tokoh pahlawan dan pendekar sebelum beliau menghilangkan diri.



Jadi saya memilih untuk berada di tengah-tengah, menghidupkan elemen agama, bela diri seni dan kepahlawanan dalam diri seorang Mat Kilau.



S: Apa nilai yang diperoleh dalam percubaan untuk mengenali tokoh ini?



AP: Banyak. Bila cerita, rasa meremang. Arwah pernah mengeluarkan satu kenyataan dalam sebuah akhbar, yang menyatakan dirinya Mat Kilau sebenar yang telah kembali.



Apa yang saya faham, perjuangannya adalah menjaga agama, bangsa dan negara. Itu sangat memberi impak terhadap diri saya.



Kenyataan arwah yang meminta agama, bangsa dan negara terus dijaga itu yang saya serap untuk menjayakan wataknya di dalam filem ini.



Jaga agama tidak mudah. Begitu juga bangsa dan negara yang dicintai. Perincian itu besar. Banyak yang saya belajar.



S: Adakah mudah bagi Adi untuk menerima tawaran untuk melakonkan watak ini?



AP: Sebagai pelakon, saya gerun. Bukan takut. Itu wajar. Ini satu persembahan, yang bukan dibuat sewenang-wenangnya.



Sebelum memberi jawapan balas kepada tawaran pengarah, Shamsul Yusof, saya ada bertanyakan adakah dia serius untuk membuat filem ini?



Apa genrenya? Kalau biogafi agak merisaukan saya.



Setelah diterangkan tentang penceritaannya, saya minta dia berikan saya masa untuk memikirkan dahulu sebelum membuat keputusan.



Saya ambil berbulan-bulan sebelum buat keputusan untuk menyertai projek ini.



S: Ketika 'menghidupkan' Mat Kilau dalam diri, apakah yang sebenarnya Adi rasakan?



AP: Saya dapat rasa kehadirannya. Itu yang boleh saya katakan. Itu bukan permainan perasaan. Kalau kata mistik, perkara ini sudah jadi lain. Sedangkan pada saat saya bercerita tentang ini, saya meremang.



Ketika melakonkan wataknya, saya rasakan kehadiran beliau. Mistik itu tak ada.



Alhamdulillah saya tidak terbawa-bawa watak ini ke rumah. Saya bersyukur, memohon diberkati dan dirahmati Allah swt. Tak salah kalau kita baca doa selamat atau sedekah Al Fatihah kepada arwah sebelum melakukan penggambaran.



S: Adakah Adi sedia berdepan kritikan?



AP: Alhamdulillah, saya tidak takut kepada kritikan Perasaan takut itu hanya kepada Allah swt. Saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk membawakan watak ini.



Filem ini membawa nama negara, persada perfileman. Kalau kita tak bangga, siapa lagi?



S: Mengapa masyarakat perlu menonton filem ini?



AP: Sebut sahaja nama Mat Kilau, sudah bertaraf global dan bersifat persada seni. Filem adalah persembahan atau hiburan. Satu kerugian besar jika masyarakat melepaskan peluang untuk menonton filem ini kerana penceritaannya ada akar umbi, 'bertapak'. Berbeza dengan Hang Tuah atau Puteri Gunung Ledang.



Kita kenal Mat Kilau. Kita tahu makamnya di mana. Tetapi eranya berbeza dengan kita. Filem ini mengangkat negara. Bukan sahaja agama dan bangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >