Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adi Putra kena jangkitan paru-paru, batu karang

Dec 23, 2024 | 4:09 PM
Datuk Adi Putra jatuh sakit dipercayai ekoran tidak mendapat rehat yang mencukupi sekembalinya dari Makkah.
Datuk Adi Putra jatuh sakit dipercayai ekoran tidak mendapat rehat yang mencukupi sekembalinya dari Makkah. - Foto FACEBOOK DATUK ADI PUTRA

Pelakon Mat Kilau, Datuk Adi Putra, 43 tahun, dikejarkan ke hospital pada 20 Disember apabila mengadu mula rasa lemah ketika berada di lokasi penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda, Sekam Di Dada.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh isterinya, Datin Aida Yusof, atau nama sebenarnya, Zuhaidah Yusof, 49 tahun, kepada Harian Metro, mereka masih lagi menunggu keputusan ujian darah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan Adi.

Sementara itu, Adi kini berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Malaysia selepas dimaklumkan terkena jangkitan kuman di paru-paru dan batu karang.

“Buat masa ini, keadaan Adi sudah agak membaik setelah diberi ubat, antibiotik dan sebagainya. Cuma, keputusan ujian darah masih belum keluar dan kami masih lagi menunggu.

“Adi agak letih kerana jadual penggambaran yang berturut-turut selepas pulang dari Makkah di mana kemudian beliau terkena kencing berdarah. 

“Jadi, memang agak lemah sedikitlah. Kemudian, ada jangkitan di paru-paru pula,” kata Datin Aida pada 22 Disember.

Datin Aida mengakui bahawa Adi jatuh sakit disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya.

Beliau turut menambah akan memaklumkan kepada rakan media sekiranya terdapat maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan Adi.

“Doktor belum beritahu sampai bila Adi perlu ditahan di wad sebab masih perlu dipantau. Tapi, kalau ada maklumat terbaru, saya akan maklumkan,” ujarnya.

Terdahulu, Adi memuat naik fotonya berada di hospital dalam satu hantaran di Instagram beliau. 

Dalam hantaran tersebut, Adi memohon agar netizen mendoakan segala urusannya dipermudah dan melahirkan kerinduan terhadap ibunya, Allahyarhamah Noor Banoo Khan Mohd, yang meninggal dunia pada 15 September 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg