Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adi Putra nikah semula bekas isteri pertama

Jan 20, 2018 | 5:30 AM
BERSATU SEMULA: Adi Putra dan Aida Yusof bernikah semula kelmarin. - Foto INSTAGRAM ADI PUTRA
BERSATU SEMULA: Adi Putra dan Aida Yusof bernikah semula kelmarin. - Foto INSTAGRAM ADI PUTRA -

PELAKON asal Singapura Adi Putra, 37 tahun, menikahi semula bekas isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 43 tahun, dalam majlis di Kuala Lumpur kelmarin.

Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, memuatnaikkan berita itu menerusi Instagram, lapor akhbar Kosmo! dan mStar Online.

Beliau menunjukkan gambarnya dengan Zuhaidah, atau lebih dikenali sebagai Aida, dalam persalinan sedondon warna putih.

"Hubungan 12 tahun yang bersambung semula, alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang hadir dalam majlis ini serta mendoakan saya dan isteri. Semoga Allah sentiasa permudah urusan kita bersama sebagai umat, amin," tulis Adi.

Mereka berkahwin kali pertama pada 14 April 2006 dan dikurniai anak angkat Zara Adelia, kini berusia enam tahun.

Kontroversi tercetus apabila Adi bernikah pula dengan Norshahida Dzolkifly, 34 tahun, pada 20 Jun 2016.

Namun, menerusi Instagram pada 23 Mac tahun lalu, pelakon KL Gangster itu memberitahu beliau tidak lagi mempunyai hubungan dengan dua isterinya.

Difahamkan Adi memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac tahun lalu.

Oktober lalu, Adi diberi Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk, di Istana Abu Bakar.

Selain berlakon, beliau usahawan umrah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg