Afgan kecewa 'diusir' gara-gara penyanyi Sarah Brightman
Premium
Afgan kecewa 'diusir' gara-gara penyanyi Sarah Brightman
Aug 31, 2017 | 5:30 AM

TIDAK PUAS HATI: Persembahan Afgan tertunda dua jam dan beliau dapat menyampaikan hanya empat daripada lapan lagu di Pesta Jaz Prambanan di Jogjakarta, untuk mengelak persembahannya bertembung dengan persembahan penyanyi asal Britain Sarah Brightman. - Foto KAPANLAGI.COM -
KEKECEWAAN tidak dapat dibendung penyanyi Indonesia Afgansyah Reza, atau Afgan, apabila beliau terpaksa mengorbankan beberapa lagu yang sepatutnya didendangkannya di Pesta Jaz Prambanan, di Jogjakarta, baru-baru ini.
Ia disebabkan penganjur pesta di Kompleks Kuil Prambanan itu tiba-tiba mematikan lampu dan sistem bunyian di pentas atas permintaan penyanyi antarabangsa Sarah Brightman, yang membuat persembahan di pentas berhampiran.

