Premium
AFGAN singkap jatuh bangun sebagai penyanyi
Mar 22, 2017 | 5:30 AM
SENANGI KREATIVITI PEMINAT: Afgan atau nama penuhnya Afgansyah Reza bangkit daripada penyanyi muda yang pernah rasa potensinya diperlekeh kepada penghibur mapan yang mampu menjana kreativiti pengikutnya termasuk dalam menghasilkan cereka yang menggunakan dirinya dan dua sahabat karibnya, Raisa dan Rossa, sebagai watak. - Foto FARAH REZAL -
JIKA hari ini nama penyanyi 'papan atas' Indonesia, Afgansyah Reza, bermain di bibir ramai pengamat muzik khususnya wanita yang dibuai lagu balada cintanya, beliau pernah lalui detik mencabar dirinya rasa diperlekeh.
Malahan, ketika baru-baru menceburi bidang nyanyian sembilan tahun lalu, penghibur tampan berlesung pipit itu pernah menerima hanya baucar makan malam sebagai bayaran membuat persembahan.

