Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ahoy! ‘Meow’ seronok belayar dalam ‘Cruise Kucing’

Sambil tatap matahari terbenam, pemilik kucing akrabkan hubungan dengan haiwan peliharaan
Aug 13, 2023 | 05:30 AM



Selama dua jam setengah, Cik Razi Belle menghabiskan masanya di atas kapal mewah, ditemani kucing kesayangan bernama Louie.

Itulah kali pertama beliau menyertai sesi pelayaran bersama kucing atau ‘Cruise Kucing’ yang diperkenalkan di Singapura sempena Hari Kucing Antarabangsa pada 8 Ogos lalu.







Sedang Cik Razi berpeluang menjamu selera di atas kapal The Royal Albatross setinggi 47 meter, kucingnya juga dapat menikmati pemandangan indah tatkala matahari terbenam.

Pengalaman unik ini membolehkan ikatan lebih erat terjalin antara seseorang individu dengan keluarga serta kucingnya sepanjang kegiatan ini berlangsung.

“Kami mempunyai banyak kucing dalam pelayaran atau ‘cruise’ anjing kami sebelum ini. Kami kemudian menerima banyak permintaan daripada keluarga yang memiliki kucing (untuk adakan yang serupa bagi kucing) dan ini akhirnya memberi inspirasi kepada kami untuk mengadakan sesi ‘Cruise Kucing’ secara khusus,” kata pengendali dan pemilik The Royal Albatross serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tall Ship Adventures Pte Ltd, Encik Pete Pela.

“Lagipun, terdapat lebih banyak kucing di Singapura berbanding anjing dan kami tidak mahu pemilik kucing berasakan bahawa anjing sahaja yang boleh berseronok,” tambahnya.

Rundingan telah dibuat bersama ramai pakar dan pihak berkuasa termasuk doktor haiwan, khidmat runding cara kucing The Cat People, Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA), Persatuan Kebajikan Kucing dan Lembaga Taman Negara (NParks).

“Kami sedar bahawa sesetengah kucing dipelihara secara eksklusif di dalam rumah dan mungkin gementar atau takut untuk meneroka ke luar dan pelayaran kucing ini mungkin tidak sesuai untuk semua. Dengan pendidikan yang betul, langkah berjaga-jaga dan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab, ia boleh menjadi pengalaman membina ikatan yang sangat menyeronokkan,” tambahnya.

Semasa pelayaran, pemilik dan kucing mereka dibawa sepanjang pantai Sentosa dan sekitar Pulau Selatan di samping disajikan empat hidangan yang menggunakan bahan halal.

Kucing tidak akan diberi makan di atas kapal kerana mereka kurang bermotivasi menjamu makanan berbanding anjing. Oleh itu, setiap kucing akan menerima beg cenderahati daripada PetCubes dengan makan malam kucing gourmet yang membolehkan mereka menikmatinya dalam keselesaan rumah mereka sendiri.


“Saya rasa ia sangat menarik kerana ini kali pertama saya menaiki kapal bersama kucing saya, Louie. Ia adalah idea yang sangat baik untuk kami membawa kucing kerana ia membolehkan kami berseronok dan memupuk ikatan yang lebih kukuh serta bertemu dengan pemilik kucing lain. Lebih-lebih lagi, terasa betapa beranginnya pelayaran di kala matahari terbenam. Kucing saya juga rasa selesa,” kata Cik Razi.

Setiap kucing akan mempunyai kabin peribadi sambil menikmati pemandangan laut di sebelah meja pemiliknya. Aktiviti unik lain termasuk yang melibatkan kucing di atas kapal seperti masa bermain dan hiburan bertemakan kucing.

“Kami ingin pemilik kucing berasa gembira bahawa mereka boleh membawa kucing mereka keluar bersama-sama dan berinteraksi dengan kucing mereka dan juga pemilik kucing yang lain.

“Selain itu, The Royal Albatross akan menjemput penceramah daripada pertubuhan kebajikan kucing dan pakar terkemuka untuk membantu mendidik dan menggalakkan pemilikan kucing yang bertanggungjawab.

“Mereka juga akan berkongsi petua dan nasihat supaya pemilik kucing dapat memberikan penjagaan dan kebajikan terbaik untuk kucing mereka,” kongsi Pengarah Bersekutu Jualan Korporat di Tall Ship Adventures, Cik Asrina Riduan Mahmood.

Cat Cruise di The Royal Albatross diadakan setiap minggu pada Selasa. Layari laman https://tallship.com.sg untuk ketahui tarikh pelayaran dan butiran tempahan tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >