Topik diikuti
Pergi ke BHkuAiman Tino buka selera peminat dengan kuetiau
Premium
Aiman Tino buka selera peminat dengan kuetiau
Jika penyanyi popular yang mencetus fenomena antarabangsa seperti Justin Bieber dicungkil bakatnya menerusi YouTube, industri muzik Melayu di Malaysia juga tidak ketandusan bakat yang dikenal pasti menerusi media sosial. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) telah ke Kuala Lumpur bagi bertemu dengan dua sensasi YouTube terkini, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.
Aiman Tino buka selera peminat dengan kuetiau
ANAK MUDA BERBAKAT BESAR: Aiman Tino mempertaruh lagu berbaur 'jiwa-jiwa' seperti 'Ku Rela Dibenci' yang dicipta bersama ibu bapanya. - Foto KHALID BABA -
Oct 25, 2016 | 5:30 AM
SEBAGAIMANA perniagaan restoran yang menjual asam pedas dan char kuetiau di Dataran Kuala Kubu Bahru, Selangor, merupakan projek keluarga penyanyi muda Aiman Tino, begitu juga dengan lagu popularnya Ku Rela Dibenci.
Lirik lagu tersebut diilhamkan ibunya manakala iramanya pula dihasilkan bapanya yang kemudian merujuk kepada penggiat seni Harry Khalifah bagi dipasarkan.
