Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aina Abdul buka rahsia di #NoTapis

Dec 19, 2023 | 05:30 AM



Jerih payah yang pernah diharungi sebagai anak seni yang tertanya-tanya – apakah ada yang ingin menyaksikannya membuat persembahan tersemat di ingatan penyanyi dan komposer yang namanya disebut-sebut kini, Aina Abdul, hingga ke hari ini.

Sehari selepas lagunya, Jangan Mati Rasa Itu dipilih sebagai antara lagu yang layak masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024, Aina, 30 tahun, hadir di pejabat Berita Harian, bagi sesi podcast #NoTapis.







Beliau juga ke sini bagi menguar-uarkan mengenai konsert solo pertamanya di Singapura, A Night With Aina Abdul Live In Singapore, pada 6 Januari 2024 di Teater Mediacorp.


Sesi podcast #NoTapis dikendalikan Ketua Gaya Hidup, Berita Harian (BH), Haryani Ismail, dan wartawan media sosial, Ameerah Sallehuddin.


Sementara itu, Aina juga tampil bergambar dan beramah-tamah dengan kakitangan BH.

Menyingkap laluan seninya, Aina berkata:

“Saya pernah mengharungi tempoh di mana saya hanya menyanyi di hadapan kerusi dan meja kosong sahaja. Ia sesuatu yang menyedihkan buat saya tetapi saya perlu akur bahawa ketika itu, saya masih baru lagi dan orang pun tak kenal siapa saya.

“Kebimbangan inilah yang selalu membuat saya berdebar-debar apabila memikirkan wajar atau tidak untuk saya mengadakan konsert secara besar-besaran. Ada ke orang yang ingin menyaksikan persembahan saya?”

Banyak yang Aina kongsi tentang perjalanan seninya.

Ia termasuk pengalaman mendendangkan lagu Minangkabau ketika bermula sebagai penyanyi majlis kahwin.

Terdapat juga situasi dirinya dikelilingi orang yang tidak cepat menilai sewaktu dirinya menyanyi di kelab malam.

Ada pula yang melontar kecaman yang mengguris hati hanya kerana busananya lain daripada yang lain.

Ada beberapa trivia menarik yang turut Aina kongsi tentang peraduan, The Masked Singer, yang menempatkannya sebagai juara serta detik mencemaskan ketika zip busananya terbuka pada saat-saat akhir peraduan realiti, Big Stage, bakal bersiaran.


Ingin tahu apa yang membuatkan Aina langsung menerima tawaran berlakon bersama Amyra Rosli bagi drama Ramadan, Seindah Takdir Cinta yang disangka hanya peranan seketika tetapi panjang rupanya?


Ikuti podcast #NoTapis bersama Aina yang akan disiarkan di Spotify pada 22 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >