Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aishah lega akhirnya tuntutan hadiah tanah lot Gegar Vaganza 4 selesai

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



LIMA tahun selepas beliau memenangi sebidang tanah, penyanyi malar segar dari Malaysia, Aishah, kini boleh menghela nafas lega.



Beliau telah dinobat juara bagi acara adu bakat bagi penghibur mapan, Gegar Vaganza 4, pada 2017.



Selain memenangi pakej hadiah wang termasuk wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah RM6,000 dan piala, beliau juga telah memenagi sebidang tanah lot banglo.



Namun tanah yang diberikan kepadanya adalah lebih kecil daripada yang dijanjikan.



Justeru, beliau telah mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan hadiah sebagaimana yang telah dijanjikan kepadanya.



Peguamnya, Mohammad Izwan Azmi, berkata pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan tawaran itu diterima dan dipersetujui oleh Aishah.



Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57 tahun, memberitahu beliau kini sudah boleh menarik nafas lega selepas lima tahun membuat tuntutan hadiah tersebut.



"Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang.



"Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!" katanya kepada mStar.



Beliau juga telah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.



"Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat 'proposal settlement' dari pihak penaja dan Aishah sendiri telah bersetuju.



"Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja," jelasnya.



Pada GV4, Aishah menjadi juara selepas menewaskan penyanyi lain seperti Liza Hanim - yang menjadi naib juara dan Lan Solo, di tempat ketiga.



Bulan lalu, Aishah telah meluahkan rasa hampa dan kecewa kerana masih belum menerima hadiah yang sepatutnya miliknya lebih lima tahun lalu.



"Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya mulai pagi esok (Isnin), saya terpaksa ke mahkamah untuk tuntutan hadiah tanah GV4.



"Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tidak elok jangan mimpi nak jadi penaja," katanya lagi.



Edisi Gegar Vaganza yang ke-9 baru sahaja bermula.



Ia menampilkan dua penyanyi dari Singapura, Fuad Rahman dan Hazrul Nizam.




"Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang.
Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!"
- Penyanyi malar segar dari Malaysia, Aishah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >