Aishah tuntut Vida beri rantai berlian tulen, mohon maaf dalam tujuh hari
Premium
Aishah tuntut Vida beri rantai berlian tulen, mohon maaf dalam tujuh hari
Oct 7, 2018 | 5:30 AM
PERINGATAN BUAT PENAJA DAN PENYIAR: Penyanyi Aishah (gambar kiri) mengambil tindakan keras memohon Datuk Seri Vida (gambar kanan) meminta maaf kepadanya kerana enggan golongan artis sepertinya diperlekeh haknya dengan diberi hadiah barang kemas palsu. - Foto-foto fail -
KEMELUT antara Aishah dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman, atau Vida, terus berpanjangan apabila penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas yang didakwa palsu selain permohonan maaf.
Aishah menerusi peguamnya, Mohammad Izwan Azmi, memberitahu laman mStar Online, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat.

