Topic followed successfully
Go to BHkuSufi lebih kuat walau tersingkir
Premium
Sufi lebih kuat walau tersingkir
Oct 3, 2017 | 5:30 AM
Sufi lebih kuat walau tersingkir

MINTA DOA PEMINAT: Walaupun perjalanan Sufi Rashid di 'AF Megastar' terhenti kelmarin, beliau yakin ada lebih banyak rezeki di luar sana yang akan diperolehinya. - Foto INSTAGRAM -
WAKIL tunggal Singapura ke peraduan realiti Astro, Akademi Fantasia (AF) Megastar, Sufi Rashid, terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' kelmarin apabila disingkirkan daripada pertandingan yang menjadi sebutan di bibir ramai pencinta dunia hiburan.
Sedang Sufi, 26 tahun, menganggap rezekinya hanya buat tiga minggu sahaja, sebilangan peminatnya begitu kecewa bercampur marah di media sosial dek keputusan yang dianggap berat sebelah.

