Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aktor muda ceburi khidmat urus jenazah

Sep 13, 2020 | 05:30 AM



DI tengah-tengah glamor dan kepopularan yang sering dikaitkan dengan dunia lakonan, pelakon muda Asraf Amin memutuskan untuk menceburi khidmat mengurus jenazah.



Asraf, atau nama penuhnya Muhammad Asraf Mohd Amin, berkata di samping lakonan, penting juga untuk berbakti kepada masyarakat.



"Masih ada golongan yang mempunyai pemikiran bahawa artis 'kerek' atau 'action', kaya, ataupun hidup senang. Tetapi orang tidak tahu jatuh bangun dalam kehidupan kita. Saya nak tunjukkan bahawa hidup saya biasa saja, sama macam orang lain. Sebenarnya berlakon itu juga satu pekerjaan, perbezaannya adalah saya di kaca televisyen," ujar pelakon bebas berusia 27 tahun itu.



Beliau yang sudah bekerja di syarikat pengurusan jenazah Nuruddin sejak enam bulan lalu menceritakan bahawa pada mulanya, beliau diundang oleh rakannya untuk menjadi pemandu van jenazah sahaja.



Namun lama-kelamaan, beliau cekalkan hati untuk menjalankan tanggungjawab lain termasuk membantu memandikan mayat.



"Kadangkala ketika saya sedang urus jenazah, ada yang tengok saya semacam, ada juga yang tegur sapa dengan saya depan jenazah. Bagi saya, kalau ada jenazah di depan saya, takkan nak sembang-sembang atau borak-borak? Mula-mula kekok sedikit... nak hormat jenazah, pada masa yang sama nak layan mereka yang menegur. Tetapi lama-kelamaan dah terbiasa," kongsi beliau.



Beliau akur bahawa pada mulanya, beliau segan mahu berkecimpung dalam bidang pengurusan jenazah kerana khuatir sekiranya ada yang mempunyai pandangan bahawa pelakon sepertinya "tak cukup ilmu" atau "tak cukup warak". Namun dengan galakan dan komen positif daripada orang-orang di sekeliling, Asraf memberanikan diri tampil ke depan.



Beliau menambah sebenarnya beliau sendiri telah mengikuti kursus pengurusan jenazah tujuh tahun lalu kerana mahu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan supaya beliau dapat kedepan jika keluarga atau saudara mara memerlukan. Tanpa disangka, ia menjadi pekerjaan tetapnya kini.



Berkongsi tentang perkembangan terkininya dalam bidang lakonan pula, Asraf bakal muncul di televisyen lagi dalam drama 'Lesung' musim kedua yang bakal disiarkan di saluran Suria, di mana beliau merupakan pelakon pembantu.



Pada akhir September ini, Asraf akan terlibat dalam penggambaran bagi rancangan masak-masak 'Masak Macam Saya' dan bakal digandingkan dengan Farhana M. Noor.



Di samping itu, beliau juga terlibat dalam program 'Rentak 1, 2, 3' terbitan Wisma Geylang Serai yang akan disiarkan di wadah dalam talian.



Ketika ditanya tentang watak jenis apa yang beliau idam untuk lakonkan jika ada peluang, Asraf berkata beliau mahu watak "lebih mencabar" dan berbeza daripada personalitinya.



"Saya selalunya memegang watak bercinta... asyik-asyik adegan pasangan bercinta, atau romantik. Saya nak cuba juga mainkan watak orang gila, orang cacat atau penjenayah. Saya orangnya ramah, ceria, banyak berbual jadi watak-watak sebegitu adalah mencabar bagi saya," ujar anak ketiga dalam empat adik-beradik itu.



Buat masa ini, Asraf berkata beliau tidak mahu pandang terlalu jauh bagi kerjayanya dalam bidang lakonan, sebaliknya mengambil langkah demi langkah dan menerima projek lakonan sekiranya ditawarkan.



Kini, Asraf memberi tumpuan terhadap pekerjaannya dalam bidang pengurusan jenazah dan pada masa yang sama inisiatif kerja kemanusiaan 'Brothers Project' yang ditubuhkannya bersama rakan beliau.



Lulusan Higher Nitec yang pernah menerima Pingat Emas Sng Yew Chong bagi lulusan terbaik kohort 2012 dalam pengajian Nitec dalam jurusan pengurusan kemudahan itu berkongsi bahawa beliau lebih gemar menceburi pekerjaan 'gig' atau yang fleksibel.



Menurutnya, tidak semestinya apa yang dipelajari di sekolah akan menjadi kerjayanya dan merupakan minatnya.



Beliau menambah: "Saya tak bergantung penuh kepada kerjaya lakonan, kerana saluran televisyen Melayu hanya satu, dan pelakon ramai! Jadi selagi mereka perlukan saya, saya akan ke depan. Selain itu, saya akan lakukan kerja biasa-biasa."




Saya tak bergantung penuh kepada kerjaya lakonan, kerana saluran televisyen Melayu hanya satu, dan pelakon ramai! Jadi selagi mereka perlukan saya, saya akan ke depan. Selain itu, saya akan lakukan kerja biasa-biasa.
- Asraf .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >