Pengguna Berdaftar
Alamak, lagu Raya baru macam ni ke?
Walau dicipta TikTok, irama Lebaran harus kekalkan unsur nostalgia, terap nilai kemaafan dan silaturahim
Apr 6, 2024 | 5:30 AM
Lagu Raya baru yang dihasilkan (dari kiri, atas mengikut putaran jam) De Fam, Aisha Retno dan Nabila Razali menggambarkan irama generasi baru yang boleh dipasarkan ke TikTok. Sejauh mana lagu Raya baru mampu jadi fenomena seperti, ‘Alamak Raya Lagi!’, kita perlu tunggu hasilnya setahun dua nanti. - Foto INSTAGRAM DE FAM, INSTAGRAM AISHA RETNO, INSTAGRAM NABILA RAZALI
Di luar jangkaan ramai dan juga anggota kumpulan De Fam sendiri, lagu paling tular pada musim Raya 2024 iaitu Alamak Raya Lagi! sudah distrim hampir 600,000 kali walaupun baru beberapa minggu dilancarkan di wadah digital.
Video muzik rasminya di YouTube pula sudah ditonton hampir 7 juta kali!
Laporan berkaitan
Mengapa ‘feel’ selebriti tiada lagi pada kuih Raya? Kurang glamor?Mar 22, 2024 | 4:36 PM
Perlukah artis dedah segala tanpa ambil kira privasi anak?Mar 28, 2024 | 10:09 PM

