Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alibaba sedia alat AI generatif bantu pedagang luar negara

Jul 11, 2024 | 5:30 AM
Kaifu Zhang
Naib Presiden e-dagang sejagat, Alibaba yang juga ketua Inisiatif AI, Dr Kaifu Zhang, bercakap di Sidang Masa Depan Reuters. - Foto REUTERS

Syarikat gergasi teknologi China, Alibaba, sedang menyediakan alat dikuasai AI generatif untuk membantu pedagang rentas sempadan menerusi khidmat terjemahan, penciptaan kandungan dan pemulangan produk, kata naib presiden kumpulan itu, Dr Kaifu Zhang.

Bercakap di Sidang Masa Depan Reuters di Singapura, eksekutif yang mengetuai inisiatif kecerdasan buatan (AI) Perdagangan Digital Antarabangsa Alibaba, berkata beliau yakin dengan potensi AI untuk syarikat itu, walaupun dalam menghadapi ketegangan yang semakin meningkat antara China dengan Amerika Syarikat.

“China hampir setanding dengan Amerika dalam kadar inovasi (AI),” kata Dr Zhang, yang mengetengahkan perkembangan sejagat yang sedang berlaku di China dan Eropah dalam teknologi AI sumber terbuka.

Konglomerat teknologi yang besar itu sedang bergelut dengan cara menjadikan pasaran sejagatnya, termasuk AliExpress dan Lazada, lebih berdaya saing selepas menstruktur semula unit e-dagang antarabangsanya menjadi perniagaan kendiri.

Kelebihan permulaan awal syarikat itu telah pudar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jualan dan pertumbuhannya diatasi oleh pesaing lain yang diasaskan China, seperti Shein dan Temu milik PDD.

Menurut Dr Zhang, Kumpulan Perdagangan Digital Antarabangsa Alibaba kini mempunyai 300 juta pengguna setiap tahun dan lebih sejuta peniaga di seluruh dunia.

Unit itu telah menjadi salah satu kawasan pertumbuhan paling jelas bagi Alibaba.

Pendapatan meningkat 44 peratus dalam tempoh Oktober hingga Disember berbanding tahun sebelumnya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg