ALIF Satar dan Neelofa mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 apabila masing-masing disenaraikan sebagai calon akhir dalam lima kategori.

Populariti yang diraih dua selebriti terbabit menerusi medium lakonan dan pengacaraan dilihat antara penyumbang terbesar kepada pencalonan, selain sokongan padu peminat.