Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Alif Satar tabah jalani rawatan Covid-19, nangis rindui anak isteri

Nov 28, 2020 | 04:47 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang kini menjalani rawatan jangkitan Covid-19 tidak dapat menahan rasa sedih lantas menangis sewaktu membuat panggilan video kepada isteri dan anak-anaknya.



Akhbar Harian Metro melaporkan Alif yang kini dirawat di Hospital Melaka setelah disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, berkata:



"Sebelum ke set penggambaran di Melaka, saya hanya mencium anak-anak saya kerana mereka sedang tidur pada waktu itu. Namun sejak di hospital, saya akan menghubungi mereka setiap hari.



"Saya amat merindui mereka terutama sekali apabila saya perlu menanti keputusan ujian Covid-19 ini," jelasnya sambil menambah betapa leganya dirinya apabila mendapat tahu isteri dan anak-anaknya tidak dijangkiti virus tersebut.



Menurut Alif, menjadi pesakit Covid-19 membuatkan dirinya lebih menghargai nikmat kesihatan dan mengajak masyarakat agar menjalani gaya hidup yang lebih sihat.



"Sekarang ini negara kita sudah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul di semua tempat. Tinggal saja kita yang kena lebih berjaga-jaga.



"Cuma, apa yang paling utama saya nak pesan adalah ini masa untuk kita semua menjaga kesihatan. Saya bersyukur kerana bukan perokok, jadi paru-paru semua okay.



"Sebab ini soalan pertama ditanya ketika buat pemeriksaan. Bukan apa, apabila ada penyakit, lebih lambat nak sembuh. SOP adalah normal baru kita hari ini, tapi sekarang paling penting kena jaga kesihatan," katanya.



Dalam lampiran pos terkini Alif di Instagram pada Sabtu (28 November), beliau melahirkan rasa syukurnya dan redha dengan ujian yang dihadapi.



"Jangan risau...tentang apa jua...sebab dalam setiap perkara kecil, kita akan dapat melaluinya dengan tabah. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lain lagi susah. Saya menghimpun doa buat hari-hari yang lebih baik buat setiap orang," tulisnya.



Sebelum ini, beliau terharu mendapat panggilan video daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.



"Alhamdulillah, saya terima semangat baru hari ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr Zulkifli sudi bertanya khabar melalui panggilan 'Facetime'.



"Dr Zul juga sempat kirimkan surat dan buku untuk saya baca sepanjang kuarantin. Sewaktu panggilan video tadi, saya sangat terharu apabila Dr Zul turut mendoakan kesihatan bukan saja untuk saya, tapi buat semua yang terkena dengan Covid-19," ujar Alif.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >