Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

All Stars GV: Aliff Aziz ‘gerek’, mampu gelek ke tangga pertama dengan ‘Cek Mek Molek’

Hady Mirza bawa aura M. Daud Kilau dan Elvis Presley untuk ‘Gila Judi’
Nov 13, 2023 | 01:20 AM



Sebelum ini, terdapat sesetengah warganet di aplikasi X (Twitter) yang meramalkan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, akan tersingkir dalam konsert minggu kelapan peraduan realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bertemakan ‘Funfair Tok Ram’ (lagu-lagu santai dan lucu pilihan Ketua Juri, Datuk Ramli MS).


Malahan, ada juga yang mempersoal sebab mengapa Aliff, 32 tahun, juara GV8, masih bertahan dalam peraduan juara menentang juara itu.

Bagaimanapun, pada Ahad, berbekal lagu Datuk M. Daud Kilau, Cek Mek Molek, Aliff mengejutkan ramai dengan penampilannya yang berbaju kilauan ‘lap lip’ persis Raja Gelek di samping pergerakannya yang bersahaja dan nyanyian yang mempesona.


Suara ‘bisik-bisik’ Aliff turut bertukar menjadi jelas dan kedengaran seperti seorang penyanyi lelaki berusia yang berdendang rakyat.

Jika orang menyangsikan keupayaan Aliff selama ini, juara Anugerah itu membuktikan beliau layak berada di tangga teratas peraduan kerana persembahan yang meyakinkan dan menghiburkan penonton. Menyanyi dari tengah pentas dalam kalangan penonton, Aliff buat seisi Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersorak gembira.


Aliff berada di tempat pertama dengan markah 78 peratus. Persembahannya diwarnai kehadiran anak sulungnya, Ayden Adrian, enam tahun, dan anak perempuan pengacara Nabil Ahmad. Ini merupakan kali pertama Aliff menyandang gelaran juara mingguan dalam ASGV.

Di tangga kedua adalah Naqiu, 36 tahun, yang seakan membawa penonton menyelami budaya Jawa menerusi persembahan lagu Hetty Koes Endang, Kuda Hitam. Versi Naqiu yang disisipkan dengan unsur kebudayaan Sunda juga menghiburkan, lengkap dengan beliau menari dan bersilat serta menampakkan mimik muka penuh ekspresi persis seorang penari kebudayaan yang pentingkan perlambangan dalam setiap gerak gerinya.


Naqiu mendapat markah 77.75 peratus di tangga kedua.

Rata-rata, peserta lelaki menampakkan keberanian dan kehandalan menyahut cabaran Ramli dengan memberi yang terbaik.

Di tangga ketiga adalah Tomok, 39 tahun, yang berlakon di pentas dengan meyakinkan. Dandanan dititikberatkan seperti biasa dengan Tomok berubah menjadi warga emas yang menceritakan sebab mengapa beliau belum lagi menemui jodoh. Giginya kelihatan rongak dalam persembahan lagu Tan Sri S.M. Salim, Apa Dah Jadi.


Seorang lagi peserta Singapura yang diminta menghidupkan aura Daud Kilau di pentas, Hady Mirza, 43 tahun, juga tidak mengecewakan. Dengan membawa pesona seorang lagi bintang legenda, mendiang Elvis Presley, Hady tampil menyanyikan lagu Gila Judi.


Persembahannya yang berwarna-warni bagaikan sebuah muzikal era 60-an dengan kostum dan gaya rambut persis Elvis, Hady juga memenangi hati juri dan penonton. Beliau di tempat keempat dengan markah 72 peratus.

Percubaan Jaclyn Victor membawakan lagu Noraniza Idris, Hatinya Tak Tahan, dengan diiringi penari juga berjaya ditempatkan di tangga kelima. Jaclyn, 44 tahun, mendapat markah 67 peratus.


Agak mengejut apabila peserta paling konsisten ASGV sejauh ini, Liza Hanim, 44 tahun, berada di ‘Tiga Tangga Terbawah’ malahan tewas dengan Azharina Azhar dan Siti Nordiana, kededuanya 38 tahun.

Liza yang membawakan lagu Ayam mengubah lagu pelawak dan pelakon Jalil Hamid yang menyisipkan banyak simpulan bahasa dan bidalan yang menggunakan perkataan ‘ayam’ menjadi persis lagu muzikal Broadway yang ‘ada kelas’.


Usaha dan kreativitinya dihargai juri yang memberinya markah 62.5 peratus, di tangga kelapan. Namun, Ramli menginginkan unsur humor dalam persembahannya yang dianggap masih terlalu serius.

Nikki Palikat, 38 tahun, yang menyanyikan lagu dangdut Amelina, Semakin Rindu Semakin Asyik, berada di tangga ke-10 dengan markah 56.5 peratus.


Bagaimanapun, tiada penyingkiran dibuat bagi membolehkan kesemua 10 peserta mara ke pusingan kesembilan pada19 November ini.

Lagu-lagu ini merupakan pilihan Ramli, dalam usaha memberi cabaran buat peserta mencorak watak yang harus ada dalam mendendangkan lagu berkenaan.

Di media sosial, rata-rata ramai yang memuji usaha Ramli memberi lagu yang tidak pernah dibayangkan akan dinyanyikan peserta.

Pada minggu kesembilan, peserta sekali lagi akan diuji untuk berduet dengan pasangan yang merupakan peserta peraduan realiti Astro. Tema akan datang adalah Duet 2.0: Astroverse.


Aliff memilih untuk berduet dengan anak Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani. Lagu yang dipilih adalah Jampi, dendangan asal Hael Husaini. Hady pula bakal berpadu suara dengan Shiha Zikir dalam lagu Afgan dan Rossa, Kamu Yang Kutunggu.


ASGV akan disiarkan di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) mulai 9 malam Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >