Altimet tetap ingin undur diri walau dikir rap mempesona
Premium
Altimet tetap ingin undur diri walau dikir rap mempesona
Feb 13, 2018 | 5:30 AM

DITEMANI AWOK-AWOK MANIS: Altimet (barisan depan, tiga dari kiri) membuat penonton Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) bersemangat dek persembahan bertenaganya yang menggunakan awek-awek jelita sebagai awok-awok dikir barat. Di sebelahnya merupakan pelakon Nabila Huda (berbaju biru). -
MATA yang layu menanti keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) diumumkan sedang satu demi satu lagu balada cinta disampaikan tiba-tiba menjadi segar.
Sebabnya, penggubah lagu dan penyanyi rap, Ahmad Abdul Rahman, yang lebih dikenali dengan nama pentas Altimet tiba-tiba muncul dengan tanjak dan baju merah menyalanya bak adegan filem purba

