Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alyph tak mahu ‘syiok sendiri’, terharu Ziana Zain terima ‘lamaran’ album

‘The Storm’ dimuatkan dengan 12 lagu gejolak minda, emosi
Jan 21, 2025 | 7:12 PM
Alyph menganggap ‘The Storm’ sebagai album yang menggambarkan gejolak minda dan jiwa yang mencari arah tuju dan diselubungi ‘ribut’ kehidupan.
Alyph menganggap ‘The Storm’ sebagai album yang menggambarkan gejolak minda dan jiwa yang mencari arah tuju dan diselubungi ‘ribut’ kehidupan. - Foto UNIVERSAL MUSIC

Ilham adakalanya datang seperti angin.

Ada masanya ia bergerak lambat, malah vakum di satu tempat.

Dalam penghasilan lagu dan melodi, Alyph atau nama sebenarnya, Alif Abdullah, 35 tahun, juga ada rentak ilham dan gerakan tersendiri.

‘Bila album ini siap, judulnya macam tak kena hinggalah satu masa ilham itu datang,” kongsi komposer dan penyanyi kelahiran Singapura itu kepada laman Kosmo!, saat bercerita tentang album barunya, The Storm, yang bakal dilancarkan pada 24 Januari ini.

Katanya, The Storm yang bermaksud ribut, membawa makna tersendiri yang tidak dijangkakan dan itulah yang ingin ditonjolkan menerusi kerja seni terbarunya.

“Saya dah lama pendam nak buat album lebih daripada satu lagu. Saya gembira kerana berhenti sekejap daripada terbitkan lagu artis lain dan fokus kepada diri sendiri.

“Apabila album siap, dengar balik (semua lagu), tajuk album macam tak kena. Sampai idea untuk namakan The Storm hadir dengan sendirinya.

The Storm ni macam minda kita. Tak boleh dijangka arah tujunya. ‘Storm’ (ribut) ni kita tak tahu apa akan jadi. Dia macam warna kelabu. Apabila berlaku (ribut), kita tak tahu nak bawa payung atau keluar rumah dan tiba-tiba ada matahari,” katanya pada majlis pradengar album terbarunya di Kuala Lumpur.

Alyph menyifatkan The Storm sebagai sebuah album yang sifatnya sangat peribadi, terutama buat dirinya kerana segala keratan lagu yang dimuatkan berkisahkan apa yang disaksikan pancainderanya.

“Ini semua kisah apa yang saya nampak setiap hari. Dari sudut pandang kawan-kawan dan keluarga. Kisah benar tapi tentu sahaja apabila tulis, saya tambah sedikit unsur cerekanya sebab takkan nak bagi semua orang faham hidup saya,” katanya lagi.

Alyph juga mengotakan impian bekerjasama dengan bintang terkenal, Ziana Zain, menerusi dua lagu iaitu Teman dan Gerak.

Kata Alyph, penyanyi hebat itu adalah pilihan pertamanya untuk lagu-lagu tersebut.

“Saya tak boleh bayangkan orang lain, memang Ziana Zain. Sejujurnya, apabila tulis lagu ketika mula (intro) saya sudah boleh tahu hujungnya.

“Apabila tulis korus dan melodi, saya hanya terbayang Ziana Zain. Rasa sangat bertuah apabila beliau sudi bekerjasama dengan saya untuk lagu Gerak,” ujar pelantun lagu tular, Swipe, itu.

Dalam satu laporan berasingan di Berita Harian Malaysia (BHM) pula, Alyph berkata beliau mulanya meragui Ziana boleh menerima pelawaannya.

“Kami ada perbincangan di studio. Jadi saya beri Ziana dengar dahulu dua lagu itu. Saya fikir jika Ziana setuju dan boleh layankan karya saya, memang saya bertuah. Kadang-kadang orang kreatif ini syiok sendiri.

“Saya memang agak bimbang dengan reaksi Ziana, tapi akhirnya pihak pengurusan menghubungi kami dan mengatakan Ziana bersedia untuk rakam dua lagu itu. Ziana datang ke studio dan kami rakam dua lagu terus,” katanya.

Tambah Alyph, beliau risau juga jalan cerita lagunya membuatkan Ziana tidak selesa bekerjasama memandangkan Gerak berkait rapat dengan masalah dalam keluarga.

“Namun, lagu ini tiada kena mengena dengan Ziana, ia sebenarnya berkait dengan orang sekeliling saya. 

“Saya mempunyai insan sekeliling yang berhadapan kesukaran dalam kehidupan berkeluarga, tapi tak adil untuk saya ceritakan semua. Jadi, apa yang saya sampaikan menerusi karya adalah perasaan yang mungkin boleh dikaitkan dengan kisah orang lain,” katanya.

The Storm terbitan Dej Jam memuatkan 12 lagu termasuk Red Flags, Saham Naik dan Bestfriend Part 2.

Ia akan dilancarkan di semua platform digital pada 24 Januari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg