Topic followed successfully
Go to BHkuAmar-Amyra teruja sanding di 'rumah kedua'
Premium
Amar-Amyra teruja sanding di 'rumah kedua'
Nov 26, 2016 | 5:30 AM
Amar-Amyra teruja sanding di 'rumah kedua'
CITA RASA BERBEZA: Jika Amar Baharin menyenangi destinasi impian ke Pulau Maldives, Amyra Rosli pula suka ke taman bertema di Disneyland Tokyo tempat beliau mampu memaksa Amar menaiki 'roller coaster' yang menggerunkan. - Foto FARAH REZAL -
MEREKA mencipta sejarah dalam dunia selebriti Malaysia sebagai pasangan merpati dua sejoli yang dipelawa peminat Singapura agar mengadakan majlis perkahwinan di sini.
Segala biaya majlis persandingan pelakon kegemaran ramai, Amar Baharin dan Amyra Rosli, di The Ballroom@East Coast yang mencecah sekitar $50,000 itu ditaja sepenuhnya oleh sekitar 24 syarikat penyedia khidmat dan barangan perkahwinan.

