Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amelia Christie belum sedia bercinta lagi

Jun 12, 2024 | 5:17 PM
Amelia Christie Lim
Pelakon, Amelia Christie Lim, yang dikatakan putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, mengakui memakan masa untuk mengubat hati yang luka. - Foto INSTAGRAM AMELIA CHRISTIE LIM

Masih berstatus solo selepas dikatakan putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, pelakon Amelia Christie Lim, sehingga kini belum terlintas untuk mencari pengganti.

Menurut Amelia, 24 tahun, buat masa sekarang, beliau lebih selesa sendiri selain mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

“Soalan yang banyak juga orang tanya pada saya adalah status saya. Tidak, saya tidak ada teman lelaki buat masa ini.

“Saya tak mahu pun. Saya masih ‘single’ dan tak terfikir pun mahu jalin hubungan cinta dengan sesiapa,” katanya sewaktu memberi respons kepada pengikutnya dalam sesi soal jawab dalam Instagram.

Respons tersebut ditukil laman web, Kosmo! Online.

Pelakon drama rantaian, 7 Hari Mencintaimu 2 itu, turut berkongsi panduan merawat emosi menyusuli kegagalan cinta lama.

Menurutnya, meneruskan kehidupan selepas berpisah adalah mengikut cara masing-masing, selain tiada tempoh masa yang tetap.

“Perkara ini mengambil masa dan akan menjadi sukar jika kita tergesa-gesa.

“Tiada jadual masa yang pasti untuk mengatasi fasa perpisahan, jadi terpulang kepada anda untuk beri diri masa yang diperlukan.

“Ikut gerak hati sendiri dan jangan biarkan orang lain beritahu awak bila nak ‘move on’. Ini hati awak dan awak lebih mengenali diri sendiri,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Amelia turut mendedahkan berdepan fasa perpisahan sememangnya turut membabitkan emosi yang perlu dikawal.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, emosinya bercampur baur.

Namun beliau menganggap situasi tersebut sebagai normal dan tidak salah apabila rasa sedih bersarang di hati.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg